Entri kali ini bukan ana nak ceritakan mengenai cuti-cuti malaysia di sarawak tetapi peranan remaja bagaimana untuk sentiasa mendekatkan diri sesama muslim kita yang masih ketinggalan mengenai islam yang masih memerlukan bantuan dari kita.Pengalaman yang begitu berharga ini setelah mengikuti ziarah sarawak telah membuka mata dan minda ana lebih meluas mengenai penyampaian dakwah kepada masyarakat terutamanya mereka yang masih berada di kelompok pendalaman.
Perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit menggunakan bot express dan 30 minit menggunakan van untuk sampai ke rumah panjang ini.Kedatangan kami telah disambut oleh tuai rumah yang merupakan ketua kaum di rumah panjang ini. Yang menariknya kedatangan kami disambut dengan iringan tarian suku kaum sarawak. Betapa terharunya ana ketika ini, seolah-olah kedatangan dakwah kami ini bak menyambut seperti "Pak Menteri" kita.
Kami telah disajikan makanan sarawak seperti gambar di atas yang dipanggil Ayam pansuh dan umai.
Di rumah panjang ini, walaupuun majoriti nya masyarakat iban tetapi terselit saudara seagama kita. Kak Sara ( Bukan nama sebenar ) ana tak nak sebutkan nama ye, bab kak sara telah pesan pada ana " Sik perlu lah nak letak nama Kamek kowh, nama bulak2 pun jadilah"..Ini bahasa sarawak kalau tak faham boleh lah rujuk pak Google..Kalau ada..Atas permintaan kak sara terjadilah nama samaran ini. Kak Sara dan sekeluarga telah memeluk islam pada 3 tahun yang lalu. Pada ana masih baru lagi. Kedatangan kami ini juga untuk mendedahkan ilmu agama yang lebih mendalam kepada kak sara sekeluarga dan juga kepada masyarakat iban yang lain, mana tahu kedatangan kami membuka hidayah kepada mereka. InsyaAllah..
Tengah merehatkan diri dapat juga bertaaruf dengan kak sara lebih mendalam. Kak sara menceritakan bahawa ilmu pengetahuan agama kak sara dan sekeluarga terlalu sedikit kerna tiada pendedahan yang dibuat boleh ana katakan tiada siapa yang nak ajar mereka tentang islam. Saudara seagama kita ini yang sepatutnya kita utamakan.Betapa kurangnya perhatian yang dibuat oleh kita sendiri untuk membantu saudara seagama kita.Di bawah ini merupakan suasana rumaha panjang. Ana akan ceritakan pengalaman dakwah ana di rumah panjang pada Ziarah Sarawak..Jejak 2..
No comments:
Post a Comment