Kalau diorang nie dapat anugerah,ana percaya lah..kalau ummi hafilda..Grrrrrrrrrr.......
Ummi Hafilda pernah bersilat kee.. hihihihih ( gelak gedik jap ) sesenang jee dapat anugerah..ana nie persilat blogger tak pernah pon dapat anugerah...pe kriteria nak dapat anugerah nie..setahu ana ummi hafilda nie tau bercakapjee, tak pernah pon tengok die bersilat.. Baca luahan kat bawah nie:
Hari ini bising mengenai sandang yang diberikan kepada Ummi Hafilda dengan pelbagai persoalan apa sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu Islam terutama kepada Gayong sebelum dan selepas ini bagi melayakkan beliau kepadanya. Tetapi itu semua biarlah PSSGM memutuskannya. Mungkin ada kelayakan dan fakta yang bukan dalam pengetahuan kita.
Minggu lepas pun ramai bertanya mengenai sandang dan bengkung. Ada yang bertanya itu daripada rakan silat di Facebook mahupun pelatih KSSG sendiri. Secara personalnya, pihak kami tidak tahu mengenai tatacara dan kelayakan sandang. Malah kami semua tidak ada yang bersandang tetapi kami masih mampu berdiri dan menjalankan aktiviti silat sebagai jalan dakwah dan kebajikan kepada rakan semuslim kami.
Biarlah mereka dengan kebanggaan sandang mereka, tetapi kami yang tidak layak ini meneruskan amanah kami terima daripada guru-guru Gayong kami. Tanpa sandang tidak pernah menyekat kami untuk mengembangkan Seni Gayong dan dikenali oleh semuda pesilat dan semua guru tua atas faktor nama baik KSSG. Malah tanpa sandang, kami masih sibuk dalam menguruskan pelbagai latihan dan aktiviti lain sehingga banyak perkara lain terpaksa kami tolak dan lupakan. Sehingga ada rakan di luar sana terabai atas kesibukan kami. Tanpa sandang, kami masih boleh.
Yang lebih penting adalah amanah. Shams masih merah 3 dan anugerah kuning 5 biarpun lebih 20 tahun berGayong. Abu Hassan masih Hijau biarpun telah mengajar dan berGayong lebih 19 tahun. Begitu juga Hazil yang telah berGayong lebih 17 tahun dan mengajar.
Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada Gurulatih dan pelatih yang lain. Pendek kata, kami sering berpesan "kalau nak buat banding dengan bengkung dan sandang, KSSG memang kalah teruk. Tapi kalau nak cerita pasal amanah dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun komitmen kami, kami sanggup menerima cabaran sebagai motivasi." Malah kami sentiasa memotivasikan diri kami dengan guru-guru yang masih lagi mengajar.
Banyak sandangnya, hebat warna bengkungnya tetapi kalau setakat sembang saja banyak dan bergelanggang tidak seberapa. Bermasyarakatnya tidak. Berapa kerat gelanggang dan nama baik Seni Gayong anda nak lihat dalam masa 10 tahun lagi? -sumber-
yang lelain dah lama berlatih nie tak pernah dapat anugerah,kesian diorang kan.. ummi ada kee??? Hishh3...
Pasnie pakat ramai2 tengok ummi bersilat...
No comments:
Post a Comment