Keselamatan rakyat,Tanggungjawab kerajaan..Atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, kerajaan akan menyediakan SAMAN sekiranya tidak memakai tali pinggang keselamatan belakang.. Siaplah duit korang banyak2 untuk sumbangkan kepada kerajaaan ek..Bayar SAMAN...
Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.
Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.
Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.
“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.
“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.
“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.
“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. -hm
Atas keprihatinan ana juga, ana akan ajar korang penggunaan tali pinggang belakang yang betul..
Jangan plak korang guna camnie, tak pasal2 korang derma duit korang..
kanak2 plak, korang jangan pandai sangat pakaikan tali pinggang belakang kat diorang plak..nanti jadi camnie..
Sebaiknya,sediakan diorang kerusi keselamatan khas untuk kanak-kanak..
Kalau korang tak nak juga ikut aturan kerajaan..korang sediakan:
No comments:
Post a Comment