-->
Menuju Cinta ILLAHI...

Nuffnang..

Pages

  • Laman

Wednesday, December 28, 2011

Kisah seorang lelaki dan Iblis



Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim..



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 1:25 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Anda sedang melayari..

Anda sedang melayari..

::Ini Kisah Kami::

::Ini Kisah Kami::

Popular Posts

  • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
    Kata 1: Soalan :  "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni  kadang² tiba² je rasa sedih tanpa  sebab. Ada orang kata syaitan  yang ganggu! ...
  • EDISI KARTUN KANAK-KANAK ISLAM 010: I LOVE ALLAH ( Sesekali layan lagu kanak-kanak best jgk )
  • Kelebihan pemakaian purdah....
    Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetap...
  • Kekasih Halal ( rusydee artz )
  • Lembu-lembu...
    Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie....
  • Mereka Sgt2 Kreatif...
    Hasil kreativiti anak-anak Pasti.rasanya ana sendiri pun tidak Sekreativiti mereka.. Dan proses kreativiti dimul...
  • Ingatkanlah aku !!
    Andai hari Ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..  Jika aku bersedih tanpa kata,  pujuklah aku dengan tarbiah pe...
  • Peranan FRU.....
    Peranan Fru kat malaysia nie sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia.Tanpa diorang negara kita tak akan aman damai. Peranan pasukan ...
  • Kisah Si Pengali Kubur..
    Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, ...
  • Maulidur Rasul...

Tulisan..

  • ►  2012 (70)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (10)
    • ►  March (13)
    • ►  February (6)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (75)
    • ▼  December (36)
      • KriteRia LelaKi Yang IdeaL
      • La Tahzan..
      • Santai 1
      • The Lord of the RINGS...
      • Keselamatan rakyat,Tanggungjawab kerajaan...
      • Nak Jalan Laju-laju....
      • Kesian kat cik akak nie..
      • Santai...
      • Menangis Ibu dengar Nie...
      • Ummi Halfida dapat anugerah...Grrrr......
      • Sesuka Ariff Alfian...Ishhh....
      • Oiii Adam Adli......
      • Saya nak berlakon kat "Sembang Rakyat"...
      • Kisah seorang lelaki dan Iblis
      • Erkkk!! Rasuah!!!
      • Bukan Cinta Biasa..
      • Kisah Sedih dan Pengajaran..
      • NIKMAT CINTA SETELAH NIKAH
      • Ziarah Sarawak...Jejak 1
      • PENGHINAAN ZIKIR IMAM SYAFIE..
      • Pintu Syaitan..Jejak 3
      • Dunia akhir zaman..Siri 3
      • Dunia akhir zaman..Siri 2
      • Pintu Syaitan...Jejak 2
      • Ana suka POLITIK....
      • Mesyuarat Syaitan,Iblis dan Jin..
      • Pintu Syaitan..Jejak 1
      • Dunia akhir zaman...Siri 1
      • Ustazah Pilihan??? Siri 3
      • Ustazah Pilihan (UIA Gombak)??? Siri 2
      • Ustazah Pilihan??? Siri 1
      • Politik:RAKYAT MARHAEN=Himpunan Bantah RUU : Mahas...
      • Ustaz Azhar Idrus-Jahil Sekampung
      • Perkongsiaan dari sahabat ( Pakaian wanita islam)
      • Nowseeheart-Selawat Atasmu ( Kemerduan selawat )
      • Allah Pemberi Kemuliaan....
    • ►  November (5)
    • ►  April (13)
    • ►  February (21)

Suka Politik...

  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    1 month ago
  • HarakahDaily
    Enhance Business Efficiency with SAP Process Automation in Malaysia
    3 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    8 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    2 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • MAHAGURU58
    Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • IkutSukaAku - Isa
    Budak2 Melayu Sekarang....
    5 years ago
  • Politik kedai kopi
    Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
    5 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    6 years ago
  • abatasa ii
    Salji di Arab Saudi - Fenomena akhir zaman
    6 years ago
  • AR RISALAH الــرســالـة
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    7 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    7 years ago
  • Pakatan Rakyat
    ALHUSSEYN
    8 years ago
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 years ago
  • Pencacai SeMalaysia®
    Oh My English Musim 4 (2015)
    9 years ago
  • Kopitiam Bang Nan
    RM2.6 billion untuk lawan DAP
    9 years ago
  • arusperjuangan
    Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia
    9 years ago
  • Era Pasca GROUP
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    10 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    10 years ago
  • PAS Bintulu
    Musnah Segalanya - PAS BINTULU hulur bantuan awal
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    10 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    10 years ago
  • Kembara Jr @Blogspot
    Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
    11 years ago
  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
    11 years ago
  • anakmuaallaf
    Polemik Kalimah ALLAH
    11 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    11 years ago
  • Lebang Libu
    Analogi buat U. Fathul Baru
    11 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    13 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    14 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • Malaysia Waves
  • Detikdaily

Tension...Layan jap..

  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • hak cipta terpelihara ™
    RAHSIA BULAN KELAHIRAN
    11 years ago
  • Wan Azlan Novelis Humor
    Anchor Party
    12 years ago
  • Ragam Kehidupan
    ANWAR LAGI.........
    12 years ago
  • Lepak.my

Ilmiah...

  • Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
  • Ustaz Zamri
  • Terjemahan Al-Quran
  • Paksi
  • Soal Jawab
  • Dakwah
  • Al Quran
  • I Luv Islam.com
  • Dakwah Komik.info
  • Ustaz Azhar.com

Music dan Video

  • Munsyeed
  • Diskusi Nasyeed
  • Far East
  • Sami Yusuf
  • Tv Ceramah
  • Maher Zain
  • Grape Nasyid
  • Siksaan Kubur

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Lihat Sebentar..

Powered By Blogger

Demi Masa...

Hati dunia adalah islam,hati islam adalah dakwah....


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Syeikh Ahmad Deedat

Syeikh Ahmad Deedat
Kalau diberi peluang oleh pembekal kepada saya, nescaya saya akan penuhkan dunia dengan buku-buku islam..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Profil ana...

My photo
Ukhti Farhana
Bintulu, Malaysia
Seorang khalifah di muka bumi... Banyak yang kurang dan sentiasa memperbaiki diri... InsyaAllah...
View my complete profile

Hal Agama...


Ayat Korang

Sahabat...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa...-
Surah Az- Zukhruf-ayat 67....

Diskusi...

Sahabat..^_^

Iklan..Singgah Jap..












create your own banner at mybannermaker.com!

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Powered by Blogger.