Pintu Keenam
Kenyang terlampau.Perut yang terlampau kenyang akan membuatkan kita malas untuk melakukan beberapa ibadah antaranya solat.elah diriwayatkan bahawa Yahya a.s.telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Pintu Ketujuh
Tamak.Seorang sahabat datang kepada Rasullullah dan bertanya " tunjukkan aku satu amalan yang bila aku amalkan maka aku dicintai oleh Allah dan manusia. Rasulullah menjawab " hiduplah di dunia dengan berzuhud maka kamu akan dicintai allah dan janagan tamak dengan apa adanya di tangan manusia". Ketamakkan menghilangkan kebijaksanaan dari hati para ulama ( HR.ATH-Thabrani)
Pintu Kelapan
Suka menghias dengan Kebendaan.Orang yang memiliki sikap ini sangat merugikan kerana menhabiskan diri hanya mencari kebendaan duniawi tanpa memikirkan keperluan akhirat yang abadi.
Pintu Kesembilan
Mengajak orang hanya memikirkan hakikat.Dimana orang akan berasa ragu-ragu terhadap kebenaran islam.Memikirkan zat sukar untuk dicapai oleh akal.
Ketahuilah hati merupakan sebuah benteng.Syaitan akan sentiasa memasuki pintu-pintu tersebut untuk memusnahkan seorang muslim.Pintu-pintu tersebut tidak akan dimasuki sekiranya sentiasa dipantau dan pengawasan yang ketat oleh seorang muslim.Semoga Allah memberi kita kefahaman yang lebih dalam pemasalahan ini.InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment