Pintu pertama
Hasad Dengki dan Tamak, Hasad dengki yang akan menghancurkan kita..Menurut Imam Al-Ghazali " Sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala daripada orang itu"..
Pintu Kedua
Marah, Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.
“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.
Pintu Ketiga
Cinta Harta,Membuat seseorang berusaha mencari harta tanpa memperdulikan hal akhirat..Sifat ini akan membuat seseorang itu menjari kedekut terutamanya dalam menjalankan amal sedekah.
Pintu Keempat
Bersangka buruk kepada muslim lain,bersanka buruk kepada orang lain terhadap orang lain sehingga suka melontarkan fitnah atau menuduh tanpa bukti yang kuat.Allah berfirman " Wahai orang-orang yang beriman, hindarlah dirimu dari prasangka .sesungguhnya sebahagian prasangka itu adakah dosa." (QS 49:12 ).
Pintu Kelima
Tidak mahu bersabar, sabar ialah menjauhi perselisihan, bersikap tenang dalam menghadapi perbagai cubaan.
Allah Swt Berfirman." Wahai sekalian orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu sekalian dan teguhlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga".( QS Ali imran;200)
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah SWT untuk menjauhinya..
No comments:
Post a Comment