Bismillahirahmanirrahim...
Baiknya Allah swt sudi mmberi tahu kita, ada di antara mnusia ini mengambil tandingan2 lain selain daripada Allah swt mereka mencintai tandingan itu sama dengan mereka mencintai Allah. 'sama' bukan 'kerana' tapi sama. jadi Allah beri tahu lagi kita melalui kalam RasulNya, Rasulullah saw bersabda: Allah itu cemburu dan orang mu'min itu yang ada sifat iman ini pun cemburu. kita takut bila kita letakkan selain daripada Allah swt lebih kita ingati lebih kita fokus lebih kita sanggup korbankan sesuatu untuk dia selain daripada Allah swt, kita takut Allah cemburu pada kita bila Allah cemburu pada kita azab Allah yang paling kita takut bila Allah da tak nak kisah lagi pada kita sebab kita tak balas cintaNya, bila Allah da tak lg kisah pada kita teman... apa jadi pada hidup kita? kita tak rasa lazat lagi pada jalan2 kebaikkan, tak rasa seronok lagi pada kebenaran, kita buat ikut suka hati kita. jadi kita terpisah daripada hidayah, itu azab Allah yang sangat berat dalam kita nak melalui kehidupan di atas muka bumi ini, sebab tu la kalau kita tersuka, terminat, terkagum dekat seseorang kita nak urus tersuka, minat, kagum tadi tu dengan cara yang Allah swt kehendaki. bagaimana caranya?.
Pertama skali, orang yang bercinta kerana Allah dia kena MUHASABAH, ketertarikkan dia kepada si dia tu adakah tertarik pada kewarakannya, agamanya, kritiria dia atau pun tertarik pada ransangan2 nafsu, yang melulu.. sedangkan Imam Ghazali diberi tahu kritiria kepada puteri dia untuk pilih jodoh sepuluh tahun sebelum puteri dia mula untuk memilih jodoh. begitu juga kita perlu mula ambil tahu tentang ni sejak dulu lagi, sejak kecil lagi.. ambil tahu macam mana orang yang sepatutnya akan jadi teman hidup kita nanti, kena muhasabah ketertarikkan hati kita. seterusnya kita kena check balik kita jadi suka si dia tu, bagaimana cara si dia menawarkan cintanya pada kita?,, sebab bila kita jelas cara si dia menawarkan cintanya kepada kita, kita boleh menilai sesuatu sebab kita tak mampu nak nilai banyak perkara tentang si dia kan,.. jadi kita melihat luarannya dan Allah swt lebih tahu dalamnnya. kalau! dia menawarkan cinta kepada kita dengan jalan2 menghampiri zina.. call, sms, dating tanpa urusn.. maka nak ke kita mulakan bahtera rumahtangga kita tu dengan dasar yang maksiat kepada Allah, macam mana rumahtangga kita tu nak teguh, asasnya rapuh. kita pilih benda yang rapuh kita nak benda tu kekal? itu tidak wajar tidak waras jadi kita nak muhasabah balik sebab dalam Islam kita kena ingat kaedah asal percampuran pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan ada kaedah menyebut asal mua'malat urusan kerja antara lelaki dan perempuan adalah harus, dalam kita nak mengimbangi dua kaedah ni ada kaedah lain menyebut darurat itu membenarkan apa yang dilarang tpi bukan sebebas2nya darurat itu ada kadarnya, ada batas2sannya dan ada akhlaknya yang kita nak kena jaga.
muhasabah balik, fikirkan sejenak 'dulu aku tersuka kat dia sebab dia guna cara yang ceroboh msuk keperibadian aku' maka takut kepada Allah kita nak taubat segera kepada Allah swt. fikir lagi 'dulu aku tertarik kat dia aku mula melayannya dulu sebab dia la lelaki yang hensen ke.. atau perempuan yang cantik ke pada sesuatu yang bukan agama' jadi kita nak taubat kepada Allah swt nak kembali kepada Allah.
Kedua, banyakkan jaga IKHLAS kita dengan Allah, jangan la sebab kita tersuka dekat si dia, kita buat segala sesuatu pun dengan niat hati nak menarik perhatian si dia, kita muhasabah balik taubat pada Allah jaga ikhlas kita. bimbang bila kita tak jaga ikhlas kita dengan Allah kita tak ada rasa, apa itu rasa? rasa ni adalah satu perasaan yang Allah campakkan kepada orang yang jaga ikhlas dengan DIA supaya kita tak mudah tertipu supaya kita boleh buat pertimbangn yang wajar bila kita diuji.
ada satu kisah dalam akhbar, seorang perempuan dia sedang menunggu teksi.. tiba2 datang sebuah teksi, dekat dalam teksi ni ada seorang lelaki berhenti dan lelaki tu keluar daripada teksi tu dia terus tunjuk2 pada muka perempuan tu dan berkata 'kamu la yg mncuri hp saya' perempuan tu terkejut dan terpinga juga malu pada orang sekeliling yang melihat, lelaki itu punya la bijak dia pakai tektik lagi dia kata 'kalau kamu betul dipihak yang benar ikut saya jumpe polis di balai polis'. perempuan tu punya la tak ada rasa tak ada syak apa2 dia ikut lelaki tdi dan lelaki tu caci2 tuduh2 dia lagi di dalam teksi, akhirnya lelaki tu kata 'kesian dengan kamu ni, tak apa la kita rehat dulu dekat hotel lepas tu kita pergi balai polis' dan apa jadi dekat hotel? perempuan tu diperkosa oleh si lelaki jahat ni. Kita terfikirkan... macam mna perempuan ni tak ada rasa, tak ada rasa syak.. tak ada rasa orang nak tipu dia. Sebab tu la kita kena jaga ikhlas dengan Allah takut nanti ada satu situasi Allah uji kita, kita tak ada rasa. kita tak ada rasa nak menilai mana yang lebih baik tak ada rasa nak buat pilihan yang lebih baik dan sebagainya.
Ketiga, kita bercinta kerana Allah hati kena sensitif.. kita kena banyak TUTUP PINTU2 FITNAH. kalau kita rasa nak sms ke dia nak tanya 'da mkn ke belum' ataupun sekadar nak tanya 'tengah buat apa tu' .. kita dialog balik dengan Allah swt, "adakah sms aku buat itu atas dasar urusn".. apa itu urusan? urusan ni adalah satu benda yang kalau kita bentang kepada Allah kita dialog dengan Allah kita yakin kita boleh jawab dengan Allah diakhirat nanti!!! itu la namanya urusan.. tapi kalau rasa letih Allah soal kita tak boleh jawab, maka muhasabah la balik tutup la pintu fitnah komunikasi antara lelaki dan perempuan pada benda yang bukan urusan. seterusnya kita kena banyak siapkn diri kita sebagai pasangan ideal, bukan kepada si dia..! kita nak praktikkan dulu untuk persiapkn diri.. contohnya utk menjdi seorang isteri atau suami romantik, kita pratikkan tu kepada contohnya ibu kita... sms dekat ibu.. "mama i luv u" atau sms pd adik2 kita kata ke adik.. "adik, akak rindu pada adik nanti akak belikan hadiah" ini pun cara2 romantik,, komunikasi,, kita meraihkan... yang kita praktikkan secara HALAL, secara brMARUAH, secara yang Allah redha dalam kehidupan seharian kita. Ini kita nak tergesa2 nak pratikkan keromantikan kita tu pada si dia! yang mengundang murka Allah swt, dan nanti bila da berkahwin hilang la segalanya... tak rasa manis lagi. ingat!!.. semakin kita jaga hati kita ni sensitif.. maka rasa malu, maka rasa hormat.. makin kita kawal, makin kita tutup dalam tempuh yang belum brkahwin lagi ni.. insyaAllah nanta bila da berkahwin MELETUP rasa cinta tu... Allah akan bri nikmat cinta selepas nikah, nak angau macam mana pun tak apa sebab da HALAL. bukan sebelum kahwin! masa tu kita takut pada Allah kalau kita terangau cepat2 ISTIGHFAR, cepat2 kembalikan hati kepada Allah.. insyaAllah nanti bila da kahwin Allah campakkan keindahan2 tu... dan kita boleh cita2kan bila telah berkahwin nanti kita akan teladani sunnah2 Nabi dalam berumahtangga. semua ni akan kita nikmati insyaAllah teman2ku kalau kita tak pernah rasa lagi sbelum berkahwin, kalau sbelum kahwin kita da rasa maka da tak ada kemanisan lagi, sebab tu kita bercita2... ikut cara Islam penuh keindahan. cuba kita doa kepada Allah mohon " Ya Allah, beri kekuatan kepada aku, kepada adik kita yang kita sayang, kepada sahabat2 yang kita sayang, saudara mara yang kita sayang beri kekuatan untuk rasai syurga cinta didunia ini supaya nanti akan kekal dapat syurga cinta selama2nya di akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment