-->
Menuju Cinta ILLAHI...

Nuffnang..

Pages

  • Laman

Saturday, December 31, 2011

KriteRia LelaKi Yang IdeaL


Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32)





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 11:56 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

La Tahzan..



Jangan Bersedih (La Tahzan) - Dr Aidh Al-Qarni

Selalulah mengingati akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha' dan qadarNya, menjalani hidup sesuai dengan adanya, melepaskan kegundahan tentang masa depan dan mengingati akan nikmat Allah.

1.      Hikmah adalah barang yang hilang dari kaum muslimin.
2.      Ingatlah akan setiap nikmat Allah.
3.      Sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh. Anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur dan kesihatan untuk terus beramal.
4.      Janganlah lupa mensyukuri yang sudah ada. Anda masih memegang kunci kebahagiaan, kurnia dan kenikmatan.
5.      Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lampau!!
6.      Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja. Berpeganglah pada prinsip : Aku hanya akan hidup hari ini. Nescaya ia akan menyibukkan diri anda untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.
7.      Sempurnakanlah solat anda, berpegang teguhlah pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.
8.      Tanamlah di dalam hatimu semua nilai keutamaan dan cabutlah segala pohon-pohon kejahatan.
9.      Hiduplah hanya untuk hari ini dengan berbuat baik kepada orang lain dan menunjukkan akhlaq yang baik.
10.  Sucikanlah niat anda dan berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata.
11.  Orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari kebajikan, keramahan dan kebaikan adalah mereka yang melakukannya.




::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 11:13 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Santai 1















::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

The Lord of the RINGS...


Sinopsis cerita: 

Seorang srikandi mengumpul wang sejak kecil lagi untuk membeli sebentuk cincin idamannya yang berharga 24 juta wang emas.Ketika berusia 59 tahun, akhirnya wang yang telah dikumpul telahpun cukup.Dalam perjalanan pulang setelah membeli cincin idamannya, dia telah diserang oleh segerombolan lanun yang cemburu dengan sikapnya yans suka berjimat-cermat. Saksikan bagaimana Srikandi ini menggunakan tipu helahnya untuk melepaskan diri daripada lanun-lanun tersebut.Saksikan....

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:09 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Keselamatan rakyat,Tanggungjawab kerajaan...


Keselamatan rakyat,Tanggungjawab kerajaan..Atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, kerajaan akan menyediakan SAMAN sekiranya tidak memakai tali pinggang keselamatan belakang.. Siaplah duit korang banyak2 untuk sumbangkan kepada kerajaaan ek..Bayar SAMAN...
Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.
Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.
“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.
“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.
“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.
“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. -hm

Atas keprihatinan ana juga, ana akan ajar korang penggunaan tali pinggang belakang yang betul..


Jangan plak korang guna camnie, tak pasal2 korang derma duit korang..


kanak2 plak, korang jangan pandai sangat pakaikan tali pinggang belakang kat diorang plak..nanti jadi camnie..


Sebaiknya,sediakan diorang kerusi keselamatan khas untuk  kanak-kanak..


Kalau korang tak nak juga ikut aturan kerajaan..korang sediakan:






::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 7:22 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 30, 2011

Nak Jalan Laju-laju....




Nak cincin MAHAL hias kat jari, yang murah tak cukup kat jari....


Dan nie, Nak tinggal kat rumah MAHAL..ada pembantu rumah,senang kerja..Yang murah beri kat pengemis..


Tambahan, nak buka restoran MAHAL..Orang berduit jee boleh masuk, yang miskin makan kat kedai mamak..



TAPI...Mana nak dapat duit semudah itu..Mak ana pesan, Kumpul duit dari kecil hingga ke tua pun tak akan sampai berjuta-juta, Tapi bila Hidup Kerana Allah, Lebih dari itu kita akan dapat..Malah lebih diredhai Allah.. Tapi lebih baik kita hidup bersederhana kerna ramai lagi yang hidup kemiskinan dari kita..Hidup cukup-cukup makan.
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)..

Tapi..


Tapi...


Tapi...


Mana korang dapat DUIT untuk beli CINCIN, BANGLO, BINA RESTORAN MEWAH kat luar negara...

KAT MANA!!!!!!!

BERITAHU ANA!!!

ANA TAK AKAN IKUT JEJAK KORANG!!!!

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 4:25 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, December 29, 2011

Kesian kat cik akak nie..


Cik akak nie nak kena ajar sikit..tak pasal2 kena hentam kat FB..Agak2 lah bila nak berpost..tak da adab langsung..nak kata bodo memang dah bodo..Ishh2..



Kesian kan kat cik akak sorang nie..tak da yang nak ajar ke..kalau tak da yang nak ajar, sini ana ajar biar beradap..Huh!!!

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 1:37 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Santai...


Short Film :Kek Coklat



Short Film : Tomato 



Short Film : Marathon


Short Film : Sana Helwa, Mariam


Penghasilan filem-filem yang bermanfaat kepada kita yang halal lagi diredhai.
Mendapat komen yang positif..Baca kat bawah nie:

  • masyaAllah. sgt beruntung shbt2 dpt mmprhalusi makna ayat Quran dlm prshbtn. moga2 saye pun dpt muhasabah n improve slalu. Good job! p/s: vid ni xmasuk ke dlm Prtndingan Video Osem APG'11? maybe dpt univrsalize lg vid ni ke prgkat lbh tggi.
    TheMissHaru 4 days ago 2 
  • Alhamdulilah. Mengaplikasikan Quran dalam kehidupan adalah satu-satunya cara yang terbaik!
    Nice vid.
    ANIS3811 1 day ago
  • jzkk... membakar smngt utk terus berjuang demi Islam.
    onlyainulmardhiah 1 year ago
  • dakwah = marathon...
    terbaik!!!
    nurunalanurr 1 year ago
View all Comments »
Sudah ada orang terdahulu yang selesaian marathon
Murad tidak pernah alami, dia cuma dapat membayangkan keadaan perjalanannya berbekalkan pengalaman orang lain
Lihatlah, di akhir perjalanan juga, masih banyak halangan yang ditempuhi
Wallahu'alam
ProfHussaini 1 year ago\


comeL (^_^)
simbolik.
~ iman bukan angan2 kawan2.
~ perjuangan bukan dgn kita menyaksikan dan mengagumi saja tokoh2 perjuangan
~ mau jadi pemerhati dan menunggu saja islam tertegak kembali atau mau menjadi sebahagian daripadanya
miss1e 1 year ago


wahhh... bestnyeeeerrrrrrr video nih....
mesej besar yg sungguh simbolik...
moga islam menyentuh hati2 manusia dgn seni...
tarbiyyah menghasilkan peningkatan, dan peningkatan tergambar dlm amalam...
JOM KITA MENINGKATKAN POTENSI DIRI KITA =)
salam dari bumi eire,
KITA PRODUCTION EIRE =)
haidiryusof 1 year ago


::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 12:03 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Anda sedang melayari..

Anda sedang melayari..

::Ini Kisah Kami::

::Ini Kisah Kami::

Popular Posts

  • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
    Kata 1: Soalan :  "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni  kadang² tiba² je rasa sedih tanpa  sebab. Ada orang kata syaitan  yang ganggu! ...
  • EDISI KARTUN KANAK-KANAK ISLAM 010: I LOVE ALLAH ( Sesekali layan lagu kanak-kanak best jgk )
  • Kelebihan pemakaian purdah....
    Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetap...
  • Kekasih Halal ( rusydee artz )
  • Lembu-lembu...
    Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie....
  • Mereka Sgt2 Kreatif...
    Hasil kreativiti anak-anak Pasti.rasanya ana sendiri pun tidak Sekreativiti mereka.. Dan proses kreativiti dimul...
  • Ingatkanlah aku !!
    Andai hari Ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..  Jika aku bersedih tanpa kata,  pujuklah aku dengan tarbiah pe...
  • Peranan FRU.....
    Peranan Fru kat malaysia nie sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia.Tanpa diorang negara kita tak akan aman damai. Peranan pasukan ...
  • Kisah Si Pengali Kubur..
    Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, ...
  • Maulidur Rasul...

Tulisan..

  • ►  2012 (70)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (10)
    • ►  March (13)
    • ►  February (6)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (75)
    • ▼  December (36)
      • KriteRia LelaKi Yang IdeaL
      • La Tahzan..
      • Santai 1
      • The Lord of the RINGS...
      • Keselamatan rakyat,Tanggungjawab kerajaan...
      • Nak Jalan Laju-laju....
      • Kesian kat cik akak nie..
      • Santai...
      • Menangis Ibu dengar Nie...
      • Ummi Halfida dapat anugerah...Grrrr......
      • Sesuka Ariff Alfian...Ishhh....
      • Oiii Adam Adli......
      • Saya nak berlakon kat "Sembang Rakyat"...
      • Kisah seorang lelaki dan Iblis
      • Erkkk!! Rasuah!!!
      • Bukan Cinta Biasa..
      • Kisah Sedih dan Pengajaran..
      • NIKMAT CINTA SETELAH NIKAH
      • Ziarah Sarawak...Jejak 1
      • PENGHINAAN ZIKIR IMAM SYAFIE..
      • Pintu Syaitan..Jejak 3
      • Dunia akhir zaman..Siri 3
      • Dunia akhir zaman..Siri 2
      • Pintu Syaitan...Jejak 2
      • Ana suka POLITIK....
      • Mesyuarat Syaitan,Iblis dan Jin..
      • Pintu Syaitan..Jejak 1
      • Dunia akhir zaman...Siri 1
      • Ustazah Pilihan??? Siri 3
      • Ustazah Pilihan (UIA Gombak)??? Siri 2
      • Ustazah Pilihan??? Siri 1
      • Politik:RAKYAT MARHAEN=Himpunan Bantah RUU : Mahas...
      • Ustaz Azhar Idrus-Jahil Sekampung
      • Perkongsiaan dari sahabat ( Pakaian wanita islam)
      • Nowseeheart-Selawat Atasmu ( Kemerduan selawat )
      • Allah Pemberi Kemuliaan....
    • ►  November (5)
    • ►  April (13)
    • ►  February (21)

Suka Politik...

  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    1 month ago
  • HarakahDaily
    Enhance Business Efficiency with SAP Process Automation in Malaysia
    3 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    8 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    2 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • MAHAGURU58
    Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • IkutSukaAku - Isa
    Budak2 Melayu Sekarang....
    5 years ago
  • Politik kedai kopi
    Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
    5 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    6 years ago
  • abatasa ii
    Salji di Arab Saudi - Fenomena akhir zaman
    6 years ago
  • AR RISALAH الــرســالـة
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    7 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    7 years ago
  • Pakatan Rakyat
    ALHUSSEYN
    8 years ago
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 years ago
  • Pencacai SeMalaysia®
    Oh My English Musim 4 (2015)
    9 years ago
  • Kopitiam Bang Nan
    RM2.6 billion untuk lawan DAP
    9 years ago
  • arusperjuangan
    Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia
    9 years ago
  • Era Pasca GROUP
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    10 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    10 years ago
  • PAS Bintulu
    Musnah Segalanya - PAS BINTULU hulur bantuan awal
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    10 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    10 years ago
  • Kembara Jr @Blogspot
    Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
    11 years ago
  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
    11 years ago
  • anakmuaallaf
    Polemik Kalimah ALLAH
    11 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    11 years ago
  • Lebang Libu
    Analogi buat U. Fathul Baru
    11 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    13 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    14 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • Malaysia Waves
  • Detikdaily

Tension...Layan jap..

  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • hak cipta terpelihara ™
    RAHSIA BULAN KELAHIRAN
    11 years ago
  • Wan Azlan Novelis Humor
    Anchor Party
    12 years ago
  • Ragam Kehidupan
    ANWAR LAGI.........
    12 years ago
  • Lepak.my

Ilmiah...

  • Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
  • Ustaz Zamri
  • Terjemahan Al-Quran
  • Paksi
  • Soal Jawab
  • Dakwah
  • Al Quran
  • I Luv Islam.com
  • Dakwah Komik.info
  • Ustaz Azhar.com

Music dan Video

  • Munsyeed
  • Diskusi Nasyeed
  • Far East
  • Sami Yusuf
  • Tv Ceramah
  • Maher Zain
  • Grape Nasyid
  • Siksaan Kubur

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Lihat Sebentar..

Powered By Blogger

Demi Masa...

Hati dunia adalah islam,hati islam adalah dakwah....


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Syeikh Ahmad Deedat

Syeikh Ahmad Deedat
Kalau diberi peluang oleh pembekal kepada saya, nescaya saya akan penuhkan dunia dengan buku-buku islam..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Profil ana...

My photo
Ukhti Farhana
Bintulu, Malaysia
Seorang khalifah di muka bumi... Banyak yang kurang dan sentiasa memperbaiki diri... InsyaAllah...
View my complete profile

Hal Agama...


Ayat Korang

Sahabat...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa...-
Surah Az- Zukhruf-ayat 67....

Diskusi...

Sahabat..^_^

Iklan..Singgah Jap..












create your own banner at mybannermaker.com!

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Powered by Blogger.