Kring...kringg..kring.....Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Sejuk dingin pagi ini kerana rinits-rintis hujan yang membasahi bumi. Tanggungjawab sebagai khalifah di pikul dengan sedaya upaya, wudhuk dibasahkan dan segera menunaikan solat subuh bagi meminta keampunan atas segala kesalahan yang dilakukan. Allah itu maha pendengar dan maha mengasihi hambanya, cabutan kalendar menujukkan tarikh berangka 19 March 2012.
Diri: Errkkk..19 march 2012.. Dah habis cuti sekolah. ( sangkaan unutk berehat lebih lama telah padam serta-merta di minda) Tak boleh kee panjangkan lagi cuti. ( hajat yang tidak mungkin kesampaian).
( merenung sejenak).Ini merupakan sebahagian amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah sekaligus sebagai seorang pendidik. Yaa..AMANAH...
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah An-Nisa ayat 58
Perjalanan menuju di tempat kerja diiringi dengan alunan zikir-zikir dan nasyid di awal pagi. Masa terus berlalu. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kedengaran bunyi kenderaan di luar..kereta waja. Emm.. menjadi rutin pelajar yang bernama syahid hanzalah pelajar yang akan sampai awal.
Syahid: Ustazah.ustazah..abang pergi kampung cuti nie.
Diri: ( Erkkk, bertuahnya pelajar, salamnya dilupakan ). yee..balikk kampung..bestkan..Tapi syahid terlupa sesuatu lah..
syahid: Blurrrr....
Diri: Ucapan salam abang.
Syahid: ( Senyum ).. Assalamualaikum ustazah..
Diri: Waalaikumussalam..Syahid balik kampung kat mana?
Syahid: Kampunglah, kampung nenek.
Diri: Owhhh...baguslah. ( Manfaatkan cuti dengan berjumpa nenek di kampung)
Seorang demi seorang pelajar telah datang. Alhamdullilah, semua pelajar telah menghadirkan diri pada hari ini. semua nya sihat dan gembira ( masakan tak gembira cuti kata kan ). Perhimpunan dimulakan, pelajar-pelajar bercerita kepada kawan-kawan akan aktiviti yang dilakukan semasa cuti.Kebanyakkan cuti sekolah digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."
No comments:
Post a Comment