Tepat pukul 11.35 pg bertarikh 12 march 2012, wang berjumlah RM ***** telah dimasukkan ke akaun adik ana. Aisshhh..adik bertuah pukul 11.30 mlm telah mengejutkan satu rumah semata-mata meminta wang. Nape tak pukul 4.00 pg jee minta.
Adik: Salam, pak sihat,minta duit?
Bapa: Wsalam..Ya allah, nape tak pukul 4.00 pg jee cl.
Adik: Hihihi..Bru tringat..Lgpun ada program x dpt nak tido awl..
Bapa: ( Bertuah punya anak ).. Duit PTPTN dah masuk..
Adik: Dah masuk cuma ada masalah akaun.
Bapa: (Blur di awal pagi ) berapa nak?
Adik: tak banyak RM ***** jee...
Bapa: Esok bapa Bank -in..
Adik: Hihihihi
Dalam keadaan separuh sedar, bapa meneruskan perjalanan ke alam mimpi. Kalau ana di" CL" awal pg, naik hangin satu badan, menganggu mimpi je. Itulah kasih seorang bapa. Walaupun reaksi muka tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati naluri seorang bapa terlalu mendalam terhadap anak-anaknya. (Muka ganas hati bertaman), tangan yang berurat hanya untuk mencari sesuap nasi,demi melihat kehidupan anak-anak menjadi baik. Bapa tidak pernah menyeluh, malah meneruskan pekerjaan yang ada demi anak-anak. Bena kata orang tua, lelaki bila berkahwin lebih banyak mendiamkan diri dari wanita yang berleter siang dan malam. Kerna memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah allah berikan kepada mereka demi memastikan keluarga mendapat kehidupan yang baik.
Bapa: Jom,ikut bapa pergi Bank islam.
Diri: Buat apa pergi bank.
Bapa: Bank in duit untuk adik awk.
Diri: Ok.Sekali pergi beli barang, bapa belanja.
Bapa: Hurpppp...
Diri: Gurau jee...
Bermulalah perjalanan menuju tempat kegemaran orang ramai iaitu Bank Islam.
Indah sungguh wajahmu bapa,
Tangan berurat mencari rezeki,
Tidak mengira siang dan malam,
Demi anak-anak tersayang.
Tulus kasih ayah..^_^
No comments:
Post a Comment