Mak Cik : Makcik bukan nya orang senang makan waktu malam jee, tapi Allah tak pernah nak faham pe yang makcik nak. Makcik solat, buat ibadah tapi apa yang makcik dapat.
Terdiam sejenak. Hurrppp...Nak jawab salah, tak jawab lagi salah.Terngiang-ngiang kata-kata makcik di otak.Kita tidak semua nya sempurna, ada kehidupan mewah, miskin mahupun sederhana tetapi setiap apa yang Allah berikan mana tau kemudiaan hari ada hikmahnya.
Diri ini: Adakah kehidupan ana ini sudah cukup sempurna ataupun sebaliknya. perlukah kita mencari kesempurnaan atau sebaliknya.cukup kah yang ana buat selama ini.perlukah diperhebatkan setiap tingkah laku yang ada..
Yang pastinye Nabi Muhammad merupakan manusia yang sempurna..Kita, ya setiap manusia ada kehebatan dan kelemahan.Dimana Allah akan menguji setiap hamba pada setiap kelemahan.Setiap kelemahan itu ada sebabnya. Dimana manusia itu akan menilai dengan akal yang diberi untuk membandingkan setiap kejadian itu baik mahupun buruk.Allah menjadikan pelbagai rupa.warna, sifat itu tetapi masih ada yang tidak sempurna.
Sebabnya,ketidaksempurnaan itulah yang akan menyatukan kita. Yang membolehkan kita memerlukan antara satu sama yang lain. ketidaksempurnaan itu juga akan membuat kita mendekatkan lagi dri kita kepada Allah, muhasabahkan diri kita.. Anggaplah ketidaksempurnaan itu satu ujian yang Allah berikan yang membolehkan kita sentiasa mengingati Allah. Kerna yang " Sempurna " itu hanyalah Miliknya.
No comments:
Post a Comment