Kringgg....Kring...Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.. Erkk..Nak bangun malas pulak setelah berpenat lelah pada malamnya..Tapi setelah memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hamba digagahkan jugak diri untuk bangun bagi menghambakan diri kepada-Nya.
Housemate plak lena pulak tido, errkk....Nie simbah pakat guna air mau tak mengamuk..Hihihi..
Diri: Liza,liza bangun lah..Nak masuk subuh dah nie..
Liza: ye kee jap ekk..5 minit lagi saya bangun..
Diri: Awak tu 5 minit jee nanti tak pasal-pasal bertukar 30 minit.
( Liza nie cakap tak serupa bikin, 5 minit pada die seperti 30 minit..hihihi..ape punya sahabat..^_^ )
Liza: Alah, awak pegi siap2 dulu, kalau awak dah siap awak bangun saya ekk...
Diri: "Hurrrppp.." Ewah..ewah...Dah saya bangunkan awak boleh plak bri arahan..
Liza:( Tersenyum dalam mimpi )
Diri :Liza,liza.. awak tak takut kee tiba-tiba ajal awak datang waktu awak tido nie, tak psal-pasal tak sempat awak nak menghadap Allah.. ( Housemate nie kalau kaitkan dengan kematian sekelip mata boleh tersedar dari mimpi, ana pulak suka sakat liza nie dengan perkara-perkara yang mencabar minda)..hihihi..
Liza: Hurrrpppppp.....( Tersenyum lebar sambil mengagahkan diri untuk bangun )
Diri: ( Senyum sampai telinga ), Jom liza, kita solat jemaah bersama, kali nie turn awak jadi ketua..Hihihi..
Liza: Yelah dong...
Banyak kelebihan kita dapat dalam menunaikan solat subuh antaranya:
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Maka, rajin-rajinkan diri untuk bangun yee..^_^
No comments:
Post a Comment