-->
Menuju Cinta ILLAHI...

Nuffnang..

Pages

  • Laman

Friday, March 30, 2012

Ragam2...^_^

Entri kali nie, rasa-rasanya nak upload gambar je kot. Huahua.. Bila laptop dibawa ke mana-mana pelbagai ragam boleh dilihat terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak dan laptop..








Diorang semua penawar segala-galanya.. kat mana manis nya semua kat diorang..^_^

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 6:38 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 25, 2012

Si Buta Mata..



Jika Allah mengambil dari kedua mataku cahaya terang 
Maka dalam hati dan fikirku ia masih bersinar cemerlang 
Jiwaku cerdas, akalku lempang 
Dan lidahku tajam seperti sebaik-baik pedang

Itulah dia, Ibnu Abbas yang mulia. Tangisannya kerana takut dan berharap kepada Allah semata sehingga menyebabkan matanya buta. Lalu, Allah berfirman di dalam hadis Qudsi yang berbunyi;

"Barangsiapa yang aku butakan kepada kedua matanya, lalu dia bersabar, akan aku ganti kedua matanya dengan syurga." (Hadis Qudsi)


Dilahirkan ke dunia tidak punya apa, dari tanah kembali ke tanah, tiada visi, tiada matlamat, tidak mendengarkan suara nurani, hati yang kosong.

"..kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati di dalam dada" (Al-Hajj:22)

Kalau begitu, lebih bagus buta mata asalkan hatinya celik, dari buta hati yang tidak punya deria nurani. Maka, orang yang buta hati inilah amat berbahaya seperti dikatakan oleh Allah;

"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka orang-orang itulah yang berserah diri (kepada Kami)." (Ar-Rum:53)



Jangan biarkan hati ini buta, bisu dan tuli.

"Rabb, berikanlah kepadaku kekuatan untuk mencintaiMu dengan seluruh kudratku. Janganlah Kau biarkan hati ini dicemari oleh sesiapapun untukku mencintaiMu..

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 12:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 20, 2012

Pelajar ana..




Kring...kringg..kring.....Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Sejuk dingin pagi ini kerana rinits-rintis hujan yang membasahi bumi. Tanggungjawab sebagai khalifah di pikul dengan sedaya upaya, wudhuk dibasahkan dan segera menunaikan solat subuh bagi meminta keampunan atas segala kesalahan yang dilakukan. Allah itu maha pendengar dan maha mengasihi hambanya, cabutan kalendar menujukkan tarikh berangka 19 March 2012.


Diri: Errkkk..19 march 2012.. Dah habis cuti sekolah. ( sangkaan unutk berehat lebih lama telah padam serta-merta di minda) Tak boleh kee panjangkan lagi cuti. ( hajat yang tidak mungkin kesampaian).
( merenung sejenak).Ini merupakan sebahagian amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah sekaligus sebagai seorang pendidik. Yaa..AMANAH...



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah An-Nisa ayat 58

Perjalanan menuju di tempat kerja diiringi dengan alunan zikir-zikir dan nasyid di awal pagi. Masa terus berlalu. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kedengaran bunyi kenderaan di luar..kereta waja. Emm.. menjadi rutin pelajar yang bernama syahid hanzalah pelajar yang akan sampai awal.

Syahid: Ustazah.ustazah..abang pergi kampung cuti nie.
Diri: ( Erkkk, bertuahnya pelajar, salamnya dilupakan ). yee..balikk kampung..bestkan..Tapi syahid terlupa sesuatu lah..
syahid: Blurrrr....
Diri: Ucapan salam abang.
Syahid: ( Senyum ).. Assalamualaikum ustazah..
Diri: Waalaikumussalam..Syahid balik kampung kat mana?
Syahid: Kampunglah, kampung nenek.
Diri: Owhhh...baguslah. ( Manfaatkan cuti dengan berjumpa nenek di kampung)

Seorang demi seorang pelajar telah datang. Alhamdullilah, semua pelajar telah menghadirkan diri pada hari ini. semua nya sihat dan gembira ( masakan tak gembira cuti kata kan ). Perhimpunan dimulakan, pelajar-pelajar bercerita kepada kawan-kawan akan aktiviti yang dilakukan semasa cuti.Kebanyakkan cuti sekolah digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 3:06 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 18, 2012

Aku akauntan!!!




Yaa..dengan ilmu yang ana pegang sekarang melayakkan ana menjadi akauntan tetapi kenapa ana tidak mampu menjadi seorang Al-Khawarizmi yang berjaya dalam bidang matematik dan mampu untuk menghasilkan karya-karya seperti Hisab al-jabr wa al muqabalah dalam pada masa yang sama telah mengajukan 800 soalan berkaitan dengan matematik.Ana bakal akauntan tetapi kenapa ana tidak seperti Al-Qasaladi yang menyumbangkan ilmu perundangan dan menggunakan ilmu tersebut bagi merungkai ilmu pengiraan. Malahan tidak cukup itu, berusaha untuk menguasai ilmu untuk kegunaan islam.Kesibukkan nya dapat mentarbiyah masyarakat.
Lalu, untuk apa ana menjadi akauntan.dalam tempoh 3 tahun menguasai alam mahasiswa, gagal untuk membnatu ana melihat keagungan dan kehebatan Allah SWT dibandingkan dengan kekerdilan " ilmu akaun".Sayang, kerana ilmu dunia kita sanggup kemana-mana,sanggup untuk berhabis duit tetapi tidak mampu untuk melabur duit mahupun urusan untuk akhirat.Betapa sombongnya kita..
Apa bezanya ana dengan Mei mei, charlene mahupun slyvia, kiranya peranan ana sebagai akauntan sama dengan mereka.


“Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAh sangat cepat perhitungan-NYA” (an-Nur[24]:39). 


Sahabat, Bodonya ana kerana tidak mampu membawa erti.Erti membela islam. Berusaha menyebarkan islam dan sujud kepadamu ya Rabb.. Ana tidak mampu lagi.Ana masih lalai dan mengejar hak duniawi.


“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surah. 112 "al-Ikhlas"] 


Lalu ana bertanya untuk apa kehidupan ini? apa bezanya ana dengan kafir kiranya hidup ana hanya untuk mencari sesuap nasi.Sedangkan nabi reda kelaparan demi  KITA, Ya KITA umat islam.Lalu ana bertanya diri ana, kiranya ana yang berada di medan Uhud, adakah ana akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau ana akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal rumah lain sebagainya???
Betapa ana tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi.Untuk bergelumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya pada KITA.

Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ana bacakan dalam solat:


 “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH Rabb segala alam”. 



Lihatlah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna:


 “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH” Sa Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-MU –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Nerakamu….. 

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:35 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 15, 2012

Senang yee wanita masuk syurga..



Sebelum kedatangan islam, wanita dianggap sebagai hamba, mendapat kedudukan yang rendah berbanding lelaki dan pada zaman tersebut nasib wanita juga tidak terbela.Wanita juga dianggap hina, ketika suami mengetahui anak perempuan  terlebih dahulu akan mengali lubang anak perempuan mereka dan ditanam hidup-hidup. Itu zaman sebelum kedatangan islam, dan setelah kedatangan islam, islam telah mengangkat martabat wanita malah wanita juga diberi kedudukan yang sama rata dengan lelaki.



firman Allah:
” Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”  - Surah al-Hujurat, 49:13

Sahabat: Beruntungnya seorang wanita kerana mudah untuk masuk ke syurga.
Diri: Yee. wanita mudah untuk memasuki syurga sekiranya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh islam.Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
Sahabat: Berbanding juga dengan lelaki, sebelum masuk surga allah akan bertanya tentang anak, isteri, , jihad dan macam2 lagi pertanyaan Allah.
Sahabat: Tetapi  wanita paling ramai juga yang masuk neraka kerana tidak mencegah diri melakukan perkara keji, dan paling menampakkan ialah tidak menutup aurat dengan sempurna. Bertudung tetapi tidak mengikut panduan yang islann telah tetapkan. Cara permakaian yang ala-ala datin, gedik atau sebaliknya akan mengundang pelbagai masalah.

surah al-Ahzab:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Al-Ahzab: 59)

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu dan menjaga kemaluan kamu atau Allah akan benamkan muka kamu.” Riwayat al-Tabarani.


Diriwayatkan bahawa Ummu Humaid, isteri kepada Abu Humaid al-Sa‘idi r.a. datang bertemu Nabi s.a.w. lalu dia berkata:
Wahai Rasulullah, saya suka sembahyang bersamamu. Baginda bersabda: Saya tahu engkau suka sembahyang bersama saya tetapi sembahyangmu di tempat tidurmu lebih baik daripada sembahyangmu di bilikmu, sembahyangmu di bilikmu lebih baik daripada sembahyangmu di dalam rumahmu, sembahyangmu di dalam rumahmu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid kaummu, sembahyangmu di masjid kaummu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid saya ini.” Lalu wanita ini menyuruh supaya dibina untuknya sebuah tempat sembahyang paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Dia sembahyang di situ sehingga dia menemui tuhannya Azza wa Jalla.” Riwayat Ahmad serta Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahih mereka.

 Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Asma’ binti Abu Bakar bertemu Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah s.a.w. mengalihkan mukanya sambil berkata:
“Wahai Asma’, wanita yang telah didatangi haid tidak boleh dilihat kecuali ini, sambil tangannya menunjuk ke arah muka dan tapak tangannya.” Riwayat Abu Daud.


Semua telah jelas bahawa wanita mudah untuk memasuki syurga sekiranya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh islam. Jangan pula kita orang pertama yang akan memasuki neraka. Semoga setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT. 



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:21 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dapur Bujang..

Melupakan sejenak tanggungjawab sebagai tenaga pengajar..Waktu cuti sekolah merupakan hari yang sangat bermakna terutamanya bagi ana..hihihihi...Tengah mencari bahan untuk bahan penbelajaran... kroookkk...krookkk..terasa bagaikan sambutan kelaparan telah menyahut.. Melihat jam di dinding.. Hurrppp... 2.00 pagi.. Adussshhh.. Waktu nie juga kelaparan mengatasi segala-galanya... Nak masak.. Ermmm.. malam sebelum nya mengidam nak makan spageti.. Dengan kekuatan yang ada, mengagahkan diri untuk menjenguk dapur di awal pagi.
Buka peti ais, tangan bersiap sedia mengeluarkan daging cincang, tomato puri, cendawan butang, tomato dan bahan masakan utama iaitu spageti. Bawang putih  bagaiknn tersedak dari tido apabila tangan ana mangambil beberapa ulas.Kalau si bawang boleh bercakap, tak pasal2 dimarah awal pagi.." Erkk, aku nak tido pun kacau, tak boleh ke masak esok2 pagi".. Dialog sengaja direka-rekakan.
Si periuk menanti dengan sabar, bawang dicincang ana dengan sehalus-halusnya. Dan sekalian mengambil cendawan butang dan dihiris secara memanjang...Zuuppp..zuuupp...zuupp... Tersedia semua bahan yang sepatutnya di potong... Periuk ana ambil dan tiikkk ( Hurrpp..gitu ke bunyi pemetik gas ) hihhi.. Dapur gas telah berasap, dimasukkan pula sedikit minyak masak.. ( sambil-sambil mendengar zikir di awal pagi ).. Bawang, tomato puri,dan sos cili dimasak sehingga naik minyak.. Tunggu punya tunggu dimasukkan pula daging cincang,tomato dan cendawan butang,aji dan garam.. Mengikut kepada resipi kena tunggu selama 20 minit dan mengikut kepada ana 20 minit terlalu lama, dan serta merta ana mengambil keputusan untuk memendekkan masa selama 5 minit.. Sesungguhnya masa itu tidak akan menunggu kita. 5 minit telah berlalu, Siap spageti tomato..


P/S: gambar di atas tiada kena mengena dengan spageti yang ana buat, tengah dok makan..lupa pulak nak snap ( Sedap sangat kot ).. Disebabkan terdapat persamaan pada gambar ana tu kot ana tunjuk jelah..

Resipi moden :

·         1/2 bungkus spaghetti
·         sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
·         1 bungkus ayam/daging kisar
·         1 tin kecil tomato puree
·         1/2 cawan sos cili
·         cendawan butang (kuantiti ikut suka)
·         3 biji bawang putih (dicincang)
·         sedikit aji (kalau nak)
·         garam secukup rasa
·         sedikit air

Cara-cara
1.    Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
2.    Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
3.    Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
4.    Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit


Firman Allah:
Maksud: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-Maaidah: 88)

Firman Allah:
“Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata” (Al-Baqarah 168).
Sabda Rasulullah :
 Maksudnya: “ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 3:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 14, 2012

Ukhuwah Fillah..



Berkesempatan menziarahi jemaah di kawasan bintulu..Nak katakan yee ini kali pertama ana berziarah jemaah di bintulu. Sahabat ana yang datangnya dari kuching telah berziarah sahabat-sahabat di sarawak pada cuti sekolah, waktu yang tepat untuk menziarahi sahabat. Kalau waktu bekerja, alamatnya tak ber" Taaruf:" dengan sahabat-sahabat yang jauh.. Pada waktu malamnya memang ada perjumpaan dibuat tetapi:

Sahabat E: Salam, satu perjumpaan akan dibuat pada pukul 8.15 mlm bertempat di P***... Jemaah yang berada di kawasan bintulu diminta hadir.
Diri: ( Tepat pukul 6.30 ptg ana menerima Sms tersebut )... Ermm..awalnya hantar sms.. ( tengah memikirkan kemudahan pengangkutan untuk berjumpa jemaah ). Tangan dengan ringannya telah menghantar sms dengan sabahat H: " Salam kak, insyaAllah malam nie saya datang or tidak, sebab kena tunggu abang yang bekerja shift mlm tolong hantarkan. Saya baru jee terima sms dari E..

Dan akhirnya, waktu berjalan tanpa menunggu manusia yang sentiasa melengahkan masa. Tepat pukul 9.00 mlm abang ana datang..( nak pergi ke tak ).. Nak pergi takut dah habis .. Dan dengan sebulat suara ana mengambil keputusan tidak menghadiri perjumpaan dengan perasaan serba salah..

Keesokan harinya, jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, menerima panggilan dari sahabat yang datang dari kuching.

Sahabat I: Assalamualaikum..
Diri: Waalaikumussalam..
Sahabat: Nape tak pegi malam tadi..
Diri: Masalah pengangkutan kak.
Sahabat: Ok xpe, nak ikut tak pagi nie ziarah jemaah di bintulu.
Diri: Pukul berapa dan bila?
Sahabta: Now..
Diri: Ok..ana ikut.
Sahabat: Berjumpa di P***. Dah pergi Cl lagi..
Diri: Ok kak..

Tepat pukul 7.52 pagi, telah menjejakkan kaki di P***. ( semua telah menunggu ana ). Ziarah kali ini merupakan ziarah kali pertama dibuat.Dan banyak manfaat dan perkongsiaan yang diperoleh daripada ziarah. Di samping itu juga, ziarah ini bertujuan untuk mengenali siapa sahabat-sahabat dengan lebih dekat dan keluarga sahabat kita.Kita dapat juga merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama yang lain.


 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudara Muslim yang sakit – di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang. Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan mendapat tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”
Firman Allah Swt:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu( yang bertelingkah ) itu dan bertaqwa lah kepada Allah supaya kamu berolah rahmat.( al-hujurat-49:10)
"UkhuwahFillah".. ^_^

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:42 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, March 12, 2012

Kempen bercinta..



Hurmmm..kempen bercinta??? yee, kempen bercinta.. uitt..tak pernah dengar ada kempen bercinta. 

Diri: Sapa yang buat kempen nie, tak pernah anjur pun??
Sahabat: Ada lah,ana yang buat.. Kata sahabat yang bernama K***..( Nak link nama, tak pasal2 di saman dek sahabt)..
Diri: ( Mencari kepastian ).. 
Sahabat: hihihihi
Diri: Bila enti anjur..
Sahabat: Lama dah...
Diri: ( Blurrrrrrrr..........) Kat mana??
Sahabat: Dimana-mana sahaja.
Diri: ( Blurrrrrrr buat kali ke-2 ), x tau plak.
Sahabat: Enti tau lah..
Diri: ( Blurrrrrrrr buat kali ke-3 ) Ishhhh.. Pe die??
Sahabat: ( Gelak kambing )..
Diri: Nape gelak..
Sahabat: Enti ni..hihihi..semenjak ana tau couple tu haram..
Diri: Uittttnaaa...Kena mengena kee??? Dari mana enti berkempen..
Sahabat: Dari laman media massa dan ceramah2..
Diri: Aduhhh...enti terus terang jee.. Tak faham ana..
Sahabat: Hihih.. macam nie enti melalui Fb, kita boleh lihat sekarang pergaulan remaja-remaja yang tidak menjaga sopan santun dalam pergaulan, maksud ana terlalu sosial sampaikan timbul rasa cinta melalui saluran yang salah. Post tentang pasangan hidup die, hinggakan dekat wall penuh dengan cerita Boypren mahupun gurlpren die.. terlalu mendambakan manusia yang tidak mempunyai ikatan sah.
Ana cuba untuk sedarkan sahabat-sahabat kita nie dengan " Kempen bercinta" iaitu memaparkan cara bercinta dalam islam melalui saluran media massa.  Dekat Fb banyak artikel2 tentang cinta tapi ikut islam. Post kan artikel seperti itu di wall ana supaya sahabat-sahabat ana tertarik untuk membacanya. tidak perlu untuk mendapat pengLIKE yang banyak, tujuan die hanya satu supaya sahabat-sahabat ana mendapat manfaat atas perkongsiaan yang ana lakukan.
Diri: Ok..ana faham..
Sahabat: Salah satu ana lakukan di media massa sebab die ramai muda-mudi yang tertarik mambaca melalui media massa. Sekarang nie, usaha kita untuk bantu sahabat-sahabat kita pendedahan bercinta cara islam melalui media massa supaya sahabat-sahabat kita akan sedar apa yang mereka lakukan sekarang bukan cara islam.
Diri: menarik apa yang enti katakan.
Sahabat: Tu kan, enti tak nak join sekaki kee??
Diri: Hihihi.."Jom Kempen Bercinta"
Sahabat: Jom






::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:42 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bapa dan bank..



Tepat pukul 11.35 pg bertarikh 12 march 2012, wang berjumlah RM ***** telah dimasukkan ke akaun adik ana. Aisshhh..adik bertuah pukul 11.30 mlm telah mengejutkan satu rumah semata-mata meminta wang. Nape tak pukul 4.00 pg jee minta.

Adik: Salam, pak sihat,minta duit?
Bapa: Wsalam..Ya allah, nape tak pukul 4.00 pg jee cl.
Adik: Hihihi..Bru tringat..Lgpun ada program x dpt nak tido awl..
Bapa: ( Bertuah punya anak ).. Duit PTPTN dah masuk..
Adik: Dah masuk cuma ada masalah akaun.
Bapa: (Blur di awal pagi ) berapa nak?
Adik: tak banyak RM ***** jee...
Bapa: Esok bapa Bank -in..
Adik: Hihihihi

Dalam keadaan separuh sedar, bapa meneruskan perjalanan ke alam mimpi. Kalau ana di" CL" awal pg, naik hangin satu badan, menganggu mimpi je. Itulah kasih seorang bapa. Walaupun reaksi muka tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati naluri seorang bapa terlalu mendalam terhadap anak-anaknya. (Muka ganas hati bertaman), tangan yang berurat hanya untuk mencari sesuap nasi,demi melihat kehidupan anak-anak menjadi baik. Bapa tidak pernah menyeluh, malah meneruskan pekerjaan yang ada demi anak-anak. Bena kata orang tua, lelaki bila berkahwin lebih banyak mendiamkan diri dari wanita yang berleter siang dan malam.  Kerna memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah allah berikan kepada mereka demi memastikan keluarga mendapat kehidupan yang baik.

Bapa: Jom,ikut bapa pergi Bank islam.
Diri: Buat apa pergi bank.
Bapa: Bank in duit untuk adik awk.
Diri: Ok.Sekali pergi beli barang, bapa belanja.
Bapa: Hurpppp...
Diri: Gurau jee...

Bermulalah perjalanan menuju tempat kegemaran orang ramai iaitu Bank Islam.

Indah sungguh wajahmu bapa,
Tangan berurat mencari rezeki,
Tidak mengira siang dan malam,
Demi anak-anak tersayang.

Tulus kasih ayah..^_^
::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 3:21 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cinta Sepenuh Mati..



Terpana melihat pasangan romantis di shopping mall..(" Ana bila lagi ekk")..mengharap pulak..hihihi.. Best plak tengok diorang nie, berpegang tangan siap berpelukkan..Best!! Erkk...hihihi..jaga pandangan yee.. 


Si abang: Sayang,sayang..sayang cintakan abang tak..
Si Sayang: Mestilah lah abang..
Si abang: Bangga abang dapat sayang yang Sporting nie.. Suka sangat kat yang..
Si sayang: Ye ke abg, ayang bangga lagi bang.dapat abang selalu belanja ayang beli barang.
si abang: tak pe, untuk ayang gunung pun abang bleh bri.
Si sayang: Hihihi ( Senyum kegembiraan )
Si abang : Ayang,ayang abang minta sesuatu boleh?
Si sayang: Minta pe abang, jangan kan gunung, matahari pun ayang bleh bri..
Si abang: apelah ayang nie,hihihi.. abang nak ayang buktikan cinta ayang kat abang.
Si sayang: Bukti yang macam mne abang?
Si abang: Jom, kita pergi Hotel dulu nak, bru ayang dapat buktikan cinta ayang kat abang..
Si sayang: Ok abang..( tersenyum menanti persoalan )


Hurmm..kekwat betul lah pasangan itu.Buktikan cinta awak, awak buktikan juga cinta awak kat saya. Sebab itu lah islam telah menharamkan couple.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
 Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Sudah jelas bukan, maka Jom Bercinta selepas nikah.. ^_^
::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 10:52 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bangun lah awak!!!




Kringgg....Kring...Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.. Erkk..Nak bangun malas pulak setelah berpenat lelah pada malamnya..Tapi setelah memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hamba digagahkan jugak diri untuk bangun bagi menghambakan diri kepada-Nya.
Housemate plak lena pulak tido, errkk....Nie simbah  pakat guna air mau tak mengamuk..Hihihi..


Diri: Liza,liza bangun lah..Nak masuk subuh dah nie..
Liza: ye kee jap ekk..5 minit lagi saya bangun..
Diri: Awak tu 5 minit jee nanti tak pasal-pasal bertukar 30 minit.
( Liza nie cakap tak serupa bikin, 5 minit pada die seperti 30 minit..hihihi..ape punya sahabat..^_^ )
Liza: Alah, awak pegi siap2 dulu, kalau awak dah siap awak bangun saya ekk...
Diri: "Hurrrppp.." Ewah..ewah...Dah saya bangunkan awak boleh plak bri arahan..
Liza:( Tersenyum dalam mimpi )
Diri :Liza,liza.. awak tak takut kee tiba-tiba ajal awak datang waktu awak tido nie, tak psal-pasal tak sempat awak nak menghadap Allah.. ( Housemate nie kalau kaitkan dengan kematian sekelip mata boleh tersedar dari mimpi, ana pulak suka sakat liza nie dengan perkara-perkara yang mencabar minda)..hihihi..
Liza: Hurrrpppppp.....( Tersenyum lebar sambil mengagahkan diri untuk bangun )
Diri: ( Senyum sampai telinga ), Jom liza, kita solat jemaah bersama, kali nie turn awak jadi ketua..Hihihi..
Liza: Yelah dong...


Banyak kelebihan kita dapat dalam menunaikan solat subuh antaranya:
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)


Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28) 


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).



Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Maka, rajin-rajinkan diri untuk bangun yee..^_^
::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 10:19 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 11, 2012

Istiqamah...



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:40 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kesempurnaan dalam kehidupan..

Dalam menerjah kehidupan di bandar menbuat kita melihat pelbagai ragam manusia yang kadang-kadang membuat kita berhenti sejenak, akan timbul dalam diri kesempurnaan yang ada pada diri kita.Dalam perjalanan membeli barang, ana disapa oleh Mak cik tua dengan kata-kata yang boleh membuat kita tersedak. Beberapa dialog yang diingat:

Mak Cik : Makcik bukan nya orang senang makan waktu malam jee, tapi Allah tak pernah nak faham pe yang makcik nak. Makcik solat, buat ibadah tapi apa yang makcik dapat.

Terdiam sejenak. Hurrppp...Nak jawab salah, tak jawab lagi salah.Terngiang-ngiang kata-kata makcik di otak.Kita tidak semua nya sempurna, ada kehidupan mewah, miskin mahupun sederhana tetapi setiap apa yang Allah berikan mana tau kemudiaan hari ada hikmahnya.

Diri ini:  Adakah kehidupan ana ini sudah cukup sempurna ataupun sebaliknya. perlukah kita mencari             kesempurnaan atau sebaliknya.cukup kah yang ana buat selama ini.perlukah diperhebatkan setiap tingkah laku yang ada..

Yang pastinye Nabi Muhammad merupakan manusia yang sempurna..Kita, ya setiap manusia ada kehebatan dan kelemahan.Dimana Allah akan menguji setiap hamba pada setiap kelemahan.Setiap kelemahan itu ada sebabnya. Dimana manusia itu akan menilai dengan akal yang diberi untuk membandingkan setiap kejadian itu baik mahupun buruk.Allah menjadikan pelbagai  rupa.warna, sifat itu tetapi masih ada yang tidak sempurna. 

Sebabnya,ketidaksempurnaan itulah yang akan menyatukan kita. Yang membolehkan kita memerlukan antara satu sama yang lain. ketidaksempurnaan itu juga akan membuat kita mendekatkan lagi dri kita kepada Allah, muhasabahkan diri kita.. Anggaplah ketidaksempurnaan itu satu ujian yang Allah berikan yang membolehkan kita sentiasa mengingati Allah. Kerna yang " Sempurna " itu hanyalah Miliknya.



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:33 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Anda sedang melayari..

Anda sedang melayari..

::Ini Kisah Kami::

::Ini Kisah Kami::

Popular Posts

  • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
    Kata 1: Soalan :  "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni  kadang² tiba² je rasa sedih tanpa  sebab. Ada orang kata syaitan  yang ganggu! ...
  • EDISI KARTUN KANAK-KANAK ISLAM 010: I LOVE ALLAH ( Sesekali layan lagu kanak-kanak best jgk )
  • Kelebihan pemakaian purdah....
    Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetap...
  • Kekasih Halal ( rusydee artz )
  • Lembu-lembu...
    Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie....
  • Mereka Sgt2 Kreatif...
    Hasil kreativiti anak-anak Pasti.rasanya ana sendiri pun tidak Sekreativiti mereka.. Dan proses kreativiti dimul...
  • Ingatkanlah aku !!
    Andai hari Ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..  Jika aku bersedih tanpa kata,  pujuklah aku dengan tarbiah pe...
  • Peranan FRU.....
    Peranan Fru kat malaysia nie sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia.Tanpa diorang negara kita tak akan aman damai. Peranan pasukan ...
  • Kisah Si Pengali Kubur..
    Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, ...
  • Maulidur Rasul...

Tulisan..

  • ▼  2012 (70)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (13)
      • Ragam2...^_^
      • Si Buta Mata..
      • Pelajar ana..
      • Aku akauntan!!!
      • Senang yee wanita masuk syurga..
      • Dapur Bujang..
      • Ukhuwah Fillah..
      • Kempen bercinta..
      • Bapa dan bank..
      • Cinta Sepenuh Mati..
      • Bangun lah awak!!!
      • Istiqamah...
      • Kesempurnaan dalam kehidupan..
    • ►  February (6)
    • ►  January (14)
  • ►  2011 (75)
    • ►  December (36)
    • ►  November (5)
    • ►  April (13)
    • ►  February (21)

Suka Politik...

  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    1 month ago
  • HarakahDaily
    Enhance Business Efficiency with SAP Process Automation in Malaysia
    3 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    8 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    2 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • MAHAGURU58
    Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • IkutSukaAku - Isa
    Budak2 Melayu Sekarang....
    5 years ago
  • Politik kedai kopi
    Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
    5 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    6 years ago
  • abatasa ii
    Salji di Arab Saudi - Fenomena akhir zaman
    6 years ago
  • AR RISALAH الــرســالـة
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    7 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    7 years ago
  • Pakatan Rakyat
    ALHUSSEYN
    8 years ago
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 years ago
  • Pencacai SeMalaysia®
    Oh My English Musim 4 (2015)
    9 years ago
  • Kopitiam Bang Nan
    RM2.6 billion untuk lawan DAP
    9 years ago
  • arusperjuangan
    Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia
    9 years ago
  • Era Pasca GROUP
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    10 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    10 years ago
  • PAS Bintulu
    Musnah Segalanya - PAS BINTULU hulur bantuan awal
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    10 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    10 years ago
  • Kembara Jr @Blogspot
    Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
    11 years ago
  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
    11 years ago
  • anakmuaallaf
    Polemik Kalimah ALLAH
    11 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    11 years ago
  • Lebang Libu
    Analogi buat U. Fathul Baru
    11 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    13 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    14 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • Malaysia Waves
  • Detikdaily

Tension...Layan jap..

  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • hak cipta terpelihara ™
    RAHSIA BULAN KELAHIRAN
    11 years ago
  • Wan Azlan Novelis Humor
    Anchor Party
    12 years ago
  • Ragam Kehidupan
    ANWAR LAGI.........
    12 years ago
  • Lepak.my

Ilmiah...

  • Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
  • Ustaz Zamri
  • Terjemahan Al-Quran
  • Paksi
  • Soal Jawab
  • Dakwah
  • Al Quran
  • I Luv Islam.com
  • Dakwah Komik.info
  • Ustaz Azhar.com

Music dan Video

  • Munsyeed
  • Diskusi Nasyeed
  • Far East
  • Sami Yusuf
  • Tv Ceramah
  • Maher Zain
  • Grape Nasyid
  • Siksaan Kubur

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Lihat Sebentar..

Powered By Blogger

Demi Masa...

Hati dunia adalah islam,hati islam adalah dakwah....


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Syeikh Ahmad Deedat

Syeikh Ahmad Deedat
Kalau diberi peluang oleh pembekal kepada saya, nescaya saya akan penuhkan dunia dengan buku-buku islam..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Profil ana...

My photo
Ukhti Farhana
Bintulu, Malaysia
Seorang khalifah di muka bumi... Banyak yang kurang dan sentiasa memperbaiki diri... InsyaAllah...
View my complete profile

Hal Agama...


Ayat Korang

Sahabat...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa...-
Surah Az- Zukhruf-ayat 67....

Diskusi...

Sahabat..^_^

Iklan..Singgah Jap..












create your own banner at mybannermaker.com!

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Powered by Blogger.