Cinta yang tak dapat diungkap dengan perkataan selain diriMu
Cintaku tiada tandingannya kecuali diriMu
Cintaku tersemat dan abadi dilubuk hatiku hanya untukMu
Cintaku tidak dapat dijual beli dan tidak jua sama sepertimana aku pernah mengalaminya dulu
Cinta suciku tidak aku buat -buat atau pura -pura ia dengan sendirinya melekat dihatiku
Tidak dapat dipisahkan itulah membuat aku selalu merinduiMu
Bagaikan burung pungguk rindukan bulan? Kerinduan aku padamu melebihi segala-gala yang ada dihadapan Tiada perkataan atau perbuatan yang dapat menerangkan Kerinduan aku padamu membuat aku tidak keharuan kecuali yang dapat aku ungkapkan Laa illaahaillaallah.
Kerna aku akan mengadapmu, Taat diatas perintahmu, Mengikut sunnah Rasulmu
Lantas, Aku mencuci jari jemariku, mulutku, hidungku, mukaku, tanganku, umbum- umbumku, telingaku, tengkokku, dan kakiku kerana mu
Walaupun panas, berpeluh peluh itu tidak menghambat aku mengadapmu
Demi kerana cintakku padamu, aku lepaskan rinduku mengadapmu dan bersujud padamu
Barulah aku rasakan sesuatu nikmat, nikmatnya ketenangan ketika mengadapmu, Ketenangan dan Kedamaian dihatiku
Aku jua tahu Dikau teramat dekat padaku, sedekatnya urat leherku kerna Dikau jua Maha suci Allah yang Maha Esa dan yang Maha Satu dan Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan kerna Dikau jua, Maha suci Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa dan Maha Esa,
Apa yang aku lihat semuanya adalah hakmu, kepunyaanmu, ciptaanmu kerana Dikaulah Maha Suci Allah yang Awal dan yang Akhir lagi Maha Kekal
Makhluk ciptaanmu semuanya sujud padamu kerana Dikau Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pencinta, Maha Kaya
Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan
untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,
Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu.
Lihatlah saja cakerawala dan alam semesta ciptaamu, Bulan, Bintang, Matahari, Langit, Bumi, Laut, Gunung ganang semuanya taat diatas perintahmu kerna Dikau Maha Suci Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Kerana padamu tiada yang mustahil dan sekiranya Dikau menghendaki sesuatu maka Unkapanmu “Kun FaYaKuun” maka Jadilah ia mengikut kehendakmu….
Keranamu Yaa Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah. Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim ya Malikil Quddus..
No comments:
Post a Comment