Enry kali nie takda nak berpolitik-politik.. Bosan dowh nak layan UMNO nie..Alhamdullilah entri kali nie kita menjenguk dunia kanak-kanak. Bila dah berada dalam kelompok kanak-kanak, teringat masa kita zaman kecil-kecil. terlalu manis bahkan kanak-kanak nie lebih suci dari kita. Kanak-kanak nie tak terlepas dengan tangisan. Lumrah awak..Kite pun dok kecil-kecil suka nangis hingga nak pecah telinga orang tua kite. nasib baik diorang nie penyabar.Mengapa kanak-kanak nie suka menangis jawapan die senang ini merupakan cara komunikasi mereka dengan orang dewasa bagi mengambarkan perasaan mereka ketika itu. Jadi, tak yah lah memarahi mereka dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sesuai di dengar oleh mereka. Mendisplinkan kanak-kanak, ye memang tak dinafikan susah jugak nak displinkan kanak-kanak. Banyak cara yang perlu kita buat, salah displin kanak-kanak nie akan jadi lain plak dengan menunjukkan perubahan sikap.
Dalam proses tumbesaran kanak-kanak tidak suka terkongkong dengan perkataan "Jangan"..Ini akan menjadi tanda tanya kepada kanak-kanak, setiap perkataan jangan yang diucap oleh orang dewasa perlu disertakan dengan alasan dan sebab.Mendisiplinkan kanak-kanak adalah tanggungjawab besar ibu bapa, bermula dari usia awal kelahirannya. Ianya penting untuk membentuk perkembangan mental dan emosi yang seimbang. Pada umur 3 tahun keatas, kebiasaannya kanak-kanak akan menunjukkan sikap tidak mahu terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini menandakan mereka sudah membina identiti sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi tidak bermakna kanak-kanak menjadi seorang pemberontak. Menunjukkan sifat degil adalah cara bagi kanak-kanak menunjukkan ketegasannya. Apabila dia menolak untuk bekerjasama, dia sebenarnya sedang cuba memberitahu "Saya tidak suka peraturan ini".
Jadi, apakah yang perlu dilakukan fahami, tetapkan had, beri perhatian, mendisiplin bukan bermakna mengawalnya, dan beri peluang memilih. InsyaAllah, tiada yang mustahil bagi orang dewasa untuk memahami dunia kanak-kanak ini. Pada usia ini juga kanak-kanak perlu didedahkan dengan hiburan yang sesuai dengan usia mereka, jangan dowh biarkan kanak-kanak nie terlalu terdedah dengan hiburan yang melampau, dari kanak-kanak bila diasuh dengan baik akan terhasil anak yang soleh maupun solehah, begitu juga sebaliknya. Kanak-kanak ini umpama kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkan nya. kesimpulan nya, kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ١لطفل ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna.
“sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”..Imam Al-Ghazali..
Sesekali layan lagu nasyid kanak-kanak best jugak kan..suka sangat lagu kat bawah nie...^_^..
No comments:
Post a Comment