-->
Menuju Cinta ILLAHI...

Nuffnang..

Pages

  • Laman

Saturday, January 28, 2012

Mujahidah Zainab Al Ghazali Al Jubaili


Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 4:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 24, 2012

Kekasih Halal ( rusydee artz )






::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 6:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 15, 2012

Dunia Kanak-kanak..




Enry kali nie takda nak berpolitik-politik.. Bosan dowh nak layan UMNO nie..Alhamdullilah entri kali nie kita  menjenguk dunia kanak-kanak. Bila dah berada dalam kelompok kanak-kanak, teringat masa kita zaman kecil-kecil. terlalu manis bahkan kanak-kanak nie lebih suci dari kita. Kanak-kanak nie tak terlepas dengan tangisan. Lumrah awak..Kite pun dok kecil-kecil suka nangis hingga nak pecah telinga orang tua kite. nasib baik diorang nie penyabar.Mengapa kanak-kanak nie suka menangis jawapan die senang ini merupakan cara komunikasi mereka dengan orang dewasa bagi mengambarkan perasaan mereka ketika itu. Jadi, tak yah lah memarahi mereka dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sesuai di dengar oleh mereka. Mendisplinkan kanak-kanak, ye memang tak dinafikan susah jugak nak displinkan kanak-kanak. Banyak cara yang perlu kita buat, salah displin kanak-kanak nie akan jadi lain plak dengan menunjukkan perubahan sikap.
Dalam proses tumbesaran kanak-kanak tidak suka terkongkong dengan perkataan "Jangan"..Ini akan menjadi tanda tanya kepada kanak-kanak, setiap perkataan jangan yang diucap oleh orang dewasa perlu disertakan dengan alasan dan sebab.Mendisiplinkan kanak-kanak adalah tanggungjawab besar ibu bapa, bermula dari usia awal kelahirannya. Ianya penting untuk membentuk perkembangan mental dan emosi yang seimbang. Pada umur 3 tahun keatas, kebiasaannya kanak-kanak akan menunjukkan sikap tidak mahu terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini menandakan mereka sudah membina identiti sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi tidak bermakna kanak-kanak menjadi seorang pemberontak. Menunjukkan sifat degil adalah cara bagi kanak-kanak menunjukkan ketegasannya. Apabila dia menolak untuk bekerjasama, dia sebenarnya sedang cuba memberitahu "Saya tidak suka peraturan ini".
Jadi, apakah yang perlu dilakukan fahami, tetapkan had, beri perhatian,  mendisiplin bukan bermakna mengawalnya, dan beri peluang memilih. InsyaAllah, tiada yang mustahil bagi orang dewasa untuk memahami dunia kanak-kanak ini. Pada usia ini juga kanak-kanak perlu didedahkan dengan hiburan yang sesuai dengan usia mereka, jangan dowh biarkan kanak-kanak nie terlalu terdedah dengan hiburan yang melampau, dari kanak-kanak bila diasuh dengan baik akan terhasil anak yang soleh maupun solehah, begitu juga sebaliknya. Kanak-kanak ini umpama kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkan nya. kesimpulan nya, kanak-kanak  dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (    ١لطفل   ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna.

“sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”..Imam Al-Ghazali..

Sesekali layan lagu nasyid kanak-kanak best jugak kan..suka sangat lagu kat bawah nie...^_^..









::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 5:26 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 14, 2012

Jangan Lupa Bersih...


Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!!!





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:46 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 8, 2012

Lamunan Cintaku Padamu Ya Rabb..





Cinta yang tak dapat diungkap dengan perkataan selain diriMu

Cintaku tiada tandingannya kecuali diriMu

Cintaku tersemat dan abadi dilubuk hatiku hanya untukMu

Cintaku tidak dapat dijual beli dan tidak jua sama sepertimana aku pernah mengalaminya dulu
Cinta suciku tidak aku buat -buat atau pura -pura ia dengan sendirinya melekat dihatiku

Tidak dapat dipisahkan itulah membuat aku selalu merinduiMu

Bagaikan burung pungguk rindukan bulan? Kerinduan aku padamu melebihi segala-gala yang ada dihadapan Tiada perkataan atau perbuatan yang dapat menerangkan Kerinduan aku padamu membuat aku tidak keharuan kecuali yang dapat aku ungkapkan Laa illaahaillaallah.

Kerna aku akan mengadapmu, Taat diatas perintahmu, Mengikut sunnah Rasulmu

Lantas, Aku mencuci jari jemariku, mulutku, hidungku, mukaku, tanganku, umbum- umbumku, telingaku, tengkokku, dan kakiku kerana mu
Walaupun panas, berpeluh peluh itu tidak menghambat aku mengadapmu

Demi kerana cintakku padamu, aku lepaskan rinduku mengadapmu dan bersujud padamu 

Barulah aku rasakan sesuatu nikmat, nikmatnya ketenangan ketika mengadapmu, Ketenangan dan Kedamaian dihatiku

Aku jua tahu Dikau teramat dekat padaku, sedekatnya urat leherku kerna Dikau jua Maha suci Allah yang Maha Esa dan yang Maha Satu dan Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan kerna Dikau jua, Maha suci Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa dan Maha Esa,

Apa yang aku lihat semuanya adalah hakmu, kepunyaanmu, ciptaanmu kerana Dikaulah Maha Suci Allah yang Awal dan yang Akhir lagi Maha Kekal 

Makhluk ciptaanmu semuanya sujud padamu kerana Dikau Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pencinta, Maha Kaya 

Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan
untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,

Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu.

Lihatlah saja cakerawala dan alam semesta ciptaamu, Bulan, Bintang, Matahari, Langit, Bumi, Laut, Gunung ganang semuanya taat diatas perintahmu kerna Dikau Maha Suci Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Kerana padamu tiada yang mustahil dan sekiranya Dikau menghendaki sesuatu maka Unkapanmu “Kun FaYaKuun” maka Jadilah ia mengikut kehendakmu….

Keranamu Yaa Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah. Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim ya Malikil Quddus..

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 11:37 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 4, 2012

Lembu-lembu...

Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie..Ishh2..kesian sama ini lembu tak pasai2 terkait juga..Tanya sama Datuk ++++++.. Beliau pelihara lembu-lembu nie..siapa-siapa nak bli lembu,bli kat die ek..Layan jee gambar geng-geng datuk nie..















::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:30 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wanita dan Aurat.



Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.
Aurat wanita itu amat tinggi nilainya bahkan gambar seorang wanita yang tidak menutup aurat dikira berdosa dan wajib bagi setiap wanita menjaga aurat dengan sempurna.


Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].



Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 



Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah dan hayatul am menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa"





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 5:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 3, 2012

Ingatkanlah aku !!

Andai hari Ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..


 Jika aku bersedih tanpa kata,
 pujuklah aku dengan tarbiah pencipta..



 Jika aku lemah tak berdaya,
 Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..


 Jika antara kita ada tembok pemisah,
 ajaklah aku meleraikannya segera..


 jika pernah hatimu terluka disebabkanku,
 Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku,


 sesungguhnya tiadalah terbinanya ukhwah itu hanya kerana Nya..



::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 11:39 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 2, 2012

Ustaz Azhar Idrus Sesat...



Uittt..puak mana dok kata ustaz azhar nie sesat..hihihhih..Bodo betul puak2 nie.. Puak nie mengeluarkan pendapat sendiri bahawa mengharamkan semua alat musik apabila terselit penggunaan gitar di sambutan tahun baru dataran kemerdekaan shah alam...kalau gitu konsert yang dibuat kerajaan sempena sambutan tahun baru itu sesat lah weiiii...banyak unsur2 penggunaan musik kat sana..kahkahkah..Nape dunia hiburan kerajaan maupun swasta tak diharamkan..semua nya ada penggunaan alat musik..kahkahkah..kalau gitu puak2 nie carilah insentif untuk menyekat penggunaan alat musik hiburan kite nie..Begini jadi yee bila agama dipersendakan kerana politik..puak2 dah tau sangat tentang agama, korang jawap lah nie:

UMNO selalu anjurkan konsert pe hukumnya??
Kat konsert UMNO terselit penggunaan alat musik yang melalaikan pe hukumnya??
Konsert UMNO terselit pendedahan aurat yang melampau pe hukumnya??

Mana perginya" ulamak UMNO"..kahkahkah...

Ana suka yang macam nie:















Bukan yang macam nie:


Puak-puak nie sila jawap,mana yang lebih sesat???

P/s: Bodo jugak puak-puak nie..kesian lorrr...
::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Renungan umurmu... Bersediakah kita?



Renungkanlah pendeknya umurmu. Andaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?

Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakan dalam hatimu :


"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu besok aku mati."
Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pasti datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?

Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada ALlah. Andaikata engkau ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemput kau akan berbahagia selama-lamanya. 

Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu yang engkau tidak sangkakan, maka kau akan menyesal dengan
penyesalan yang tidak berpenghujung.. 



Sumber : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Cet 5 2008, Penerbit Taman Ilmu, Semanggi-Surakarta.







::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 6:06 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 1, 2012

KITA JUGA RASA APA YANG MEREKA RASA

Student Power!!! Mahasiswa terus mengugat.. Laungan keramat Hidup Mahasiswa, Student Power, We unite for justice membangkitkan semangat Mahasiswa..











Krd: 
http://www.facebook.com/pages/We-Are-All-Safwan-Anang/152011464907944..


::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:24 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BUAT PEMILIK HATIKU SETELAH ALLAH..


Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
 
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
 
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
 
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
 
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
 
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

yaAllah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...seta berkatilah bagiku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu jadikan aku meredhainya..

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 12:41 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Anda sedang melayari..

Anda sedang melayari..

::Ini Kisah Kami::

::Ini Kisah Kami::

Popular Posts

  • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
    Kata 1: Soalan :  "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni  kadang² tiba² je rasa sedih tanpa  sebab. Ada orang kata syaitan  yang ganggu! ...
  • EDISI KARTUN KANAK-KANAK ISLAM 010: I LOVE ALLAH ( Sesekali layan lagu kanak-kanak best jgk )
  • Kelebihan pemakaian purdah....
    Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetap...
  • Kekasih Halal ( rusydee artz )
  • Lembu-lembu...
    Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie....
  • Mereka Sgt2 Kreatif...
    Hasil kreativiti anak-anak Pasti.rasanya ana sendiri pun tidak Sekreativiti mereka.. Dan proses kreativiti dimul...
  • Ingatkanlah aku !!
    Andai hari Ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..  Jika aku bersedih tanpa kata,  pujuklah aku dengan tarbiah pe...
  • Peranan FRU.....
    Peranan Fru kat malaysia nie sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia.Tanpa diorang negara kita tak akan aman damai. Peranan pasukan ...
  • Kisah Si Pengali Kubur..
    Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, ...
  • Maulidur Rasul...

Tulisan..

  • ▼  2012 (70)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (10)
    • ►  March (13)
    • ►  February (6)
    • ▼  January (14)
      • Mujahidah Zainab Al Ghazali Al Jubaili
      • Kekasih Halal ( rusydee artz )
      • Dunia Kanak-kanak..
      • Jangan Lupa Bersih...
      • Lamunan Cintaku Padamu Ya Rabb..
      • Lembu-lembu...
      • Wanita dan Aurat.
      • Ingatkanlah aku !!
      • Ustaz Azhar Idrus Sesat...
      • Renungan umurmu... Bersediakah kita?
      • KITA JUGA RASA APA YANG MEREKA RASA
      • BUAT PEMILIK HATIKU SETELAH ALLAH..
      • Peranan FRU.....
      • Tahun Baru tercemar..FRU2...Huhhh!!!
  • ►  2011 (75)
    • ►  December (36)
    • ►  November (5)
    • ►  April (13)
    • ►  February (21)

Suka Politik...

  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    1 month ago
  • HarakahDaily
    Enhance Business Efficiency with SAP Process Automation in Malaysia
    3 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    8 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    2 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • MAHAGURU58
    Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • IkutSukaAku - Isa
    Budak2 Melayu Sekarang....
    5 years ago
  • Politik kedai kopi
    Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
    5 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    6 years ago
  • abatasa ii
    Salji di Arab Saudi - Fenomena akhir zaman
    6 years ago
  • AR RISALAH الــرســالـة
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    7 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    7 years ago
  • Pakatan Rakyat
    ALHUSSEYN
    8 years ago
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 years ago
  • Pencacai SeMalaysia®
    Oh My English Musim 4 (2015)
    9 years ago
  • Kopitiam Bang Nan
    RM2.6 billion untuk lawan DAP
    9 years ago
  • arusperjuangan
    Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia
    9 years ago
  • Era Pasca GROUP
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    10 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    10 years ago
  • PAS Bintulu
    Musnah Segalanya - PAS BINTULU hulur bantuan awal
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    10 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    10 years ago
  • Kembara Jr @Blogspot
    Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
    11 years ago
  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
    11 years ago
  • anakmuaallaf
    Polemik Kalimah ALLAH
    11 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    11 years ago
  • Lebang Libu
    Analogi buat U. Fathul Baru
    11 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    13 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    14 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • Malaysia Waves
  • Detikdaily

Tension...Layan jap..

  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • hak cipta terpelihara ™
    RAHSIA BULAN KELAHIRAN
    11 years ago
  • Wan Azlan Novelis Humor
    Anchor Party
    12 years ago
  • Ragam Kehidupan
    ANWAR LAGI.........
    12 years ago
  • Lepak.my

Ilmiah...

  • Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
  • Ustaz Zamri
  • Terjemahan Al-Quran
  • Paksi
  • Soal Jawab
  • Dakwah
  • Al Quran
  • I Luv Islam.com
  • Dakwah Komik.info
  • Ustaz Azhar.com

Music dan Video

  • Munsyeed
  • Diskusi Nasyeed
  • Far East
  • Sami Yusuf
  • Tv Ceramah
  • Maher Zain
  • Grape Nasyid
  • Siksaan Kubur

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Lihat Sebentar..

Powered By Blogger

Demi Masa...

Hati dunia adalah islam,hati islam adalah dakwah....


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Syeikh Ahmad Deedat

Syeikh Ahmad Deedat
Kalau diberi peluang oleh pembekal kepada saya, nescaya saya akan penuhkan dunia dengan buku-buku islam..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Profil ana...

My photo
Ukhti Farhana
Bintulu, Malaysia
Seorang khalifah di muka bumi... Banyak yang kurang dan sentiasa memperbaiki diri... InsyaAllah...
View my complete profile

Hal Agama...


Ayat Korang

Sahabat...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa...-
Surah Az- Zukhruf-ayat 67....

Diskusi...

Sahabat..^_^

Iklan..Singgah Jap..












create your own banner at mybannermaker.com!

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Powered by Blogger.