Ada rancangan realiti yang ada suka sangat “diketawakan” penonton,yang sepatutnya mereka membuatkan penonton “terhibur”. Kasihan……Kadang-kadang malu pun ada, yag empunya diri tu tak tahulah kan? Malaysia now semakin galak menyiarkan hiburan yang bukan di amalkan oleh negara islam.. Mane perginya pemimpin islam sekarang, tolonglah hentikan hiburan yang hanya melalaikan khalifah di muka bumi ini..
Mengikut statistik yang dibuat oleh ana ( suka suki jee ), rancangan realiti yang popular jatuh kepada:
AKADEMI FANTASIA
SEHATI BERDANSA
MENTOR
MALAYSIAN IDOL
MY STARZ LG
ONE IN MILLION
Rasa2 nya..ni jee kot, klu ada tambah2kan lah... pada ana Program realiti TV di Malaysia seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor dan seangkatan wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran .. dengan undian2 ntah pe2...Wahai penonton sekalian apa yang anda dapat dengan mengundi? Eh…duit aku, suka hati akulah. Ok…teruskan.
Bukan main dengan slogan islam hadhari, islam hadhari kee...yang perempuan nya tak cukup kain, yang lelaki nya makin terseksa...berpelukkan,bersalaman bukan muhrim....tak malu kee??? Setuju atau tidak, kita memang tidak dijajah daripada segi fizikal tetapi kita sedang dan terus dijajah daripada sudut pemikiran lebih bahaya daripada biasa.. dan pernahkah kita terfikir bahawa ‘undi’ syafaat daripada Nabi Muhammad untuk menyelamatkan kita daripada dijilat api neraka pada hari pembalasan itu jauh lebih penting?
Ada2 pun rancangan realiti tersebut, ana tabik kerana masih ada yang mahu menyiarkan unsur2 program berunsurkan islamic..ini baru namanya islam hadhari...
IMAM MUDA
DAN LAGI
AKADEMI AL-QURAN
Program seperti ini yang patut disajikan kepada masyarakat hari ini. Masyarakat kita terutamanya golongan pelapis negara merujuk kepada golongan remaja..Ia dapat menunjukan cara islam yang sebenar.. Dalam imam muda banyak pengisian ilmu yang dapat kita perolehi antaranya memandikan jenazah, sembelihan ayam, etika berpakaian dan
banyak lagi yang boelh kita jadikan sebagai rujukan dan diamalkan oleh kita khususnya kepada remaja..
Wahai wanita, Nabi Muhammad dalam wasiat baginda meletakkan anda sebagai aspek paling penting untuk dijaga. Jangan terlalu cintakan hiburan dan menganut identiti Yahudi sehingga berpakaian menjolok mata, jagalah maruah anda.
Wahai lelaki, jagalah wanita, jangan rosakkan mereka dan jagalah maruah mereka kerana Nabi Muhammad juga mewasiatkan kepada kita supaya menjaga wanita. Semua wasiat Rasulullah akan mampu kita taat sekiranya kita tidak menjadikan hiburan itu jauh lebih atas daripada agama.
No comments:
Post a Comment