Salam 1 Malaysia...
Mengungkap apa yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kita....Alahhh... selama ini kita memang sudah 1 Malaysia...Pe2 pun, kita seharusnya berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh PM kita untuk membangunkan Malaysia. But, Bukan point yang ini ingin saya bincangkan, itu cuma muqadimah sebelum membuka beberapa perkongsian ilmu..
Beberapa hari yang lepas saya telah bersama sahabat2 saya menganjurkan beberapa program khas untuk remaja islam. Alhamdulliah program tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada sahabat2 dan adik2 semua. Nak diceritakan, Salah seorang peserta bertanyakan berberapa soalan kepada saya..* P/S : Dailog tersebut telah dipendekkan kerna terlalu panjang untuk diingat...Cuma dapat diingat tentang soalan nya sahaja...=)
Dialog seperti begini:
- Peserta: Kak,Pe maksud ikhtilat yang sebenar?? Selama ini saya selalu dengar akak2 senior membincangkan mengenai ikhtilat,adik2 perlu jaga IKHTILAT,IKHTILAT,IKHTILAT...Yang menghampakan kiteorang kak, diorang sendiri tak jaga ikhtilat, nak tegur junior sendiri tak betul..
Saya cuma tersenyum sahaja bak senyum2 kambing..**** bukan membahaskan diri sebagai kambing, cuma mempraktikan ayat2 seharian yang diamalkan di seluruh dunia.
- Saya: InsyaAllah dik,akak akan memberi sedikit maklumat yang akak tahu tapi adik perlulah merujuk kepada FB akak... takdalah...Gurau2 je..
Now, saya ingin memberi sedikit perkongsiaan ilmu yang saya tahu mengenai ikhtilat..
Ikhtilat dalam islam bermaksud pergaulan/hubungan bebas diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi samaada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Bentuk pergaulan ini telah ditolak sejak zaman Rasulullah SAW yang membawa nilai hidup bersandarkan AL-Quran dan Sunnah.
Golongan Mutawasitthin merupakan golongan yang memegang akidah bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. Mereka telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu diamalkan dalam pergaulan terutamanya pergaulan antara lelaki dan perempuan.Jika kita mengharamkan ikhtilat, apa hikmahnaya Allah menciptakan wanita di muka bumi. Islam mengamalkan ikhtilat tetapi bukan secara mutlak dan hanya perlu mengikut panduan dan tidak tersasar jauh dari islam.
Mengapa ia perlu ditegah, antaranya bagi menutup lubang-lubang maksiat, bagi mengelakkan fitnah dan yang paling penting ia termasuk dalam muqqadimmah zina.
Mengenai akak2 senior yang cakap tak serupa bikin, sendiri mau ingat lah... Anda faham maksud ikhtilat yang sebenar sebelum junior anda maka jagalah ikhtilat anda...
**P/S: Anda merupakan contoh kepada adik2 anda.So,ingat lah sebelum diingatkan..
So habis lah entry untuk hari ini,ada masa dan kelapangan kita akan bertemu lagi..
Salam ukhwah..=)
syukran kak :)
ReplyDelete