Sahabat: Aduh awak, kite tertinggal bas lah awak.
Diri: Macam mane boleh tertinggal.? ( bertanya soalan padahal dah tahu pun ).
Sahabat: kite kan singgah kedai beli barang dapur tadi.
Diri:owhhh..nasiblah awk.
Sahabat: Aduuhh..macam mane nie awak?
Diri: Yang awak boleh terlepas nape plak?
Sahabat: Bas ya selalu kol 2.30 ptg tak akan sampai punya, nie tiba-tiba awal plak bas ambil.
Diri: kesian kat awak.( Dalam hati nak gelak sikit pun ada, padahal dah ingatkan tadi jangan lama membeli)
Sahabat: Macam mana nak balik nie awak?
Diri: Ermm..awak tumpang lah bas lain sama syarikat.
Sahabat: ye tak jugak.jap awak..
( 20 minit kemudian )
Sahabat: awak kite dah naik bas, syarikat yang sama.
Diri: Owhh.. ye kee..bagus lah awak..
Sahabat: Tapi awak, kite terpaksa berdiri kat bas.
Diri: Nape plak, dah tercabut kee kerusi bas tu.
Sahabat: ada plak, dah penuh dah awak, nie pun kite tumpang bas awak.
Diri: Erkk..Macam2..nanti ada yang turun awak duduk kat kerusi kosong tu. jaga diri baik-baik.
Sahabat: yelah awak..( Mood sedih kot)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5).
Bersabar lah, kerna dalam bersabar kita sedang diuji dan sedang diberi satu anugerah ketenangan dimana ia boleh membawa kita menjadi lebih dewasa.ketika kita sedangdiuji kita diberi 2 pilihan samaada nafsu atau sabar. sekirannya memilih nafsu akan timbul sikap marah yang meluap-luap , boleh jadi membawa kita ke arah yang dapat membuat keputusan dalam tindakan yang salah. Dan sekirannya memilih sabar, akan timbul sikap tenang dalam membuat satu tindakan yang betul malah tidak akan menimbulkan situasi yang tidak terkawal.
Anda sedang diuji..Mana pilihan anda NAFSU ataupun SABAR..
No comments:
Post a Comment