-->
Menuju Cinta ILLAHI...

Nuffnang..

Pages

  • Laman

Sunday, April 22, 2012

Cobaan...




Situasi A
Sahabat: Ana masih teringat kat die lah..
Diri: Kat sapa??
Sahabat: Kat hamba A tu..
Diri: Owh..teringat pasal pe pulak?
Sahabat: Entahlah..
Diri: Pulak...
Sahabat: ( Senyum ). Rasanya betul tak dengan tindakan ana.
Diri: Dah Istikharah kan..
Sahabat: InsyaAllah..
Diri: Percaya pada Allah, pe yang Allah beri kat kita semua nya ada sebab. betapa halusnya kerja Allah.. kita tidak menjangka kan malah tak akan terfikir pun perkara tersebut.Malah bersyukur lah pada setiap keputusan yang telah dibuat.

Situasi B
Diri: Tension bebenar lah hari nie. semua tak siap, kerja separuh jalan. ingatkan kita nie robot nak buat semua.
Sahabat: Nape nie, membebel jee..
Diri: Banyak keja tak siap lagi..kalau guna untuk tahun depan xpe, nie untuk esok.
Sahabat: Bersabar lah..InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar.
Diri: InsyaAllah.. rasa terbeban sikit dengan kerja yang melambak-lambak..
Sahabat: Pe gunanya sahabat saling membantu.
Diri: ( Senyum )..( Mode: hujan membasahi bumi ). Hujan ek kat luar.
Sahabat: Yee..hujan..sekarang nie Allah memberi keselesaan kepada kita dalam menyiapkan urusan kerja kita.
Diri: Maksud??
Sahabat: Tadi sangat panas kan sampaikan awak siapkan kipas kertas untuk memberi keselesaan pada awak.Sekarang awak rasa ape?
Diri: Sejuk.
Sahabat: Perlu tak berkipas sambil buat kerja.
Diri: Allahu Akbar.

Hidup di dunia hanyalah cubaaan.Segala kemudahan,kemewahan dan kenikmatan ituhanyalah ujian yang diberi kepada Allah SWT  kepada kita. Maka bersyukurlah  dan bersabar atas segala perbuatan kita. Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang niscaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikuti nafsu dan emosi semata, maka niscaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang merugi.



“Dan jika kami melimpahkan kepadanya sesuatu rahmat dari kami, sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata ” ini adalah hakku”. (QS. Fushshilat: 50).
“(Qarun) berkata: sesungguhnya aku diberi harta kekayaan ini, tiada lain kerana ilmu yang ada padaku”. (QS. Al Qashash: 78)














::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 21, 2012

Kena mengena ek...



Hamba: Assalamualaikum..
Diri: Waalaikumussalam..
Hamba: Awak org mane ekk??
Diri: ( Senyum ).. Orang sarawak.
Hamba: Bukan orang BN atau PAS??
Diri:( Blurrr...) ( Senyum )... Hamba Allah..
Hamba: Xdalah orang bertudung labuh macam awak nie selalu dikait dengan PAS..
Diri: Ye kee.. x tau pulak..
Hamba: Masih belajar lagi..
Diri : Baru habis.
Hamba: Owh..Sokong pembangkang kee??
Diri: ( Nak jawab ke tak )..
Hamba: Susah ke nak jawab..
Diri: X kot..senang jee nak jawab..tapi ada kena mengena ke dengan tujuan saya datang hari nie.
Hamba: Hihihi..Baru tanya sikit nak melatah..
Diri: Bukan nak melatah, tujuan saya datang kat sini dengan tujuan yang sangat baik, dan tujuan saya datang kat sini bukan berbincang tentang politik. dan bukan tujuan untuk menjawab jawapan tuan. ( Dengan perasan nak hentam kot kepala tuan nie, sudahlah layanan yang diberi amatlah berbeza dengan orang lain,hati sangat-sangat lah tercabar)..
Hamba: Senyum..
Diri: ( Mode mencari ketenangan )
Hamba: Bila PRU ek??
Diri: ( Senyum, menjeling akak di sebelah )..Tanya kot dengan Dato Sri Najib.. Cuma Pm je pun dapat jawab.. Tanya saya, tunggu saya dipinang PM yee..Sekarang nie, saya nak tahu status saya hari tu??
Hamba: Tak teringin nak bermadu dengan Rosmah..
Diri: ( Pulak ).. Tuan jelah bermadu dengan rosmah...
Hamba: Pandai bergurau..
Diri: Bukan pandai bergurau, rasanya tuan pandai tanya soalan bodoh cmnie..( Mode kuang ajar).
Hamba: Berkasar, x takut status awak ditolak.
Diri: InsyaAllah, saya percaya rezeki saya datang dari Allah, bukan dari tuan.
Hamba: Status awak berjaya..
Diri: Alhamdulillah..rezeki Allah yang beri ye tuan, bukan dari tuan.
Hamba: Yelah..
Diri.( mode bersyukur ).. sebelum keluar dari bilik sempat pulak beri ceramah ringkas kat tuan.
Tuan, jangan lupa UBAH MALAYSIA untuk anak, cucu,cicit tuan.
Hamba: Ermm..layan tak endah.
Diri: ( Sebelum keluar, terpandang poster di dinding ).. BN rupanya.. huahuahua..


Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

dan juga ini:

 Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman:
“Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 5:02 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PASTI AL-MUKMININ..

Badan Sihat, Minda Cergas..^_^

Karnival sukan Pasti Al-Mukminin julung kalinya dibuat. Mendapat sambutan yang amat menggalakan dari semua pihak termasuk ajk pasti, pas cawangan dan keluarga. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi cerdas melalui aktiviti sukan yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Disini ana selitkan beberapa gambar sebagai tatapan:  


Pasti Bintulu.. Erkk..sapa ntah punya baju nie..Model pasti kot..hihih


Larian pecut kumpulan putih..



Ketua kumpulan putih.. Muizzudin..



Gaya pe plak tu husni..














::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 12:37 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 8, 2012

Tertinggal bas..Aduhhh....



Sahabat: Aduh awak, kite tertinggal bas lah awak.
Diri: Macam mane boleh tertinggal.? ( bertanya soalan padahal dah tahu pun ).
Sahabat: kite kan singgah kedai beli barang dapur tadi.
Diri:owhhh..nasiblah awk.
Sahabat: Aduuhh..macam mane nie awak?
Diri: Yang awak boleh terlepas nape plak?
Sahabat: Bas ya selalu kol 2.30 ptg tak akan sampai punya, nie tiba-tiba awal plak bas ambil.
Diri: kesian kat awak.( Dalam hati nak gelak sikit pun ada, padahal dah ingatkan tadi jangan lama membeli)
Sahabat: Macam mana nak balik  nie awak?
Diri: Ermm..awak tumpang lah bas lain sama syarikat.
Sahabat: ye tak jugak.jap awak..

( 20 minit kemudian )

Sahabat: awak kite dah naik bas, syarikat yang sama.
Diri: Owhh.. ye kee..bagus lah awak..
Sahabat: Tapi awak, kite terpaksa berdiri kat bas.
Diri: Nape plak, dah tercabut kee kerusi bas tu.
Sahabat: ada plak, dah penuh dah awak, nie pun kite tumpang bas awak.
Diri: Erkk..Macam2..nanti ada yang turun awak duduk kat kerusi kosong tu. jaga diri baik-baik.
Sahabat: yelah awak..( Mood sedih kot)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5).
Bersabar lah, kerna dalam bersabar kita sedang diuji dan sedang diberi satu anugerah ketenangan dimana ia boleh membawa kita menjadi lebih dewasa.ketika kita sedangdiuji kita diberi 2 pilihan samaada nafsu atau sabar. sekirannya memilih nafsu akan timbul sikap marah yang meluap-luap , boleh jadi membawa kita ke arah yang dapat membuat keputusan dalam tindakan yang salah.  Dan sekirannya memilih sabar, akan timbul sikap tenang dalam membuat satu tindakan yang betul malah tidak akan menimbulkan situasi yang tidak terkawal.
Anda sedang diuji..Mana pilihan anda NAFSU ataupun SABAR..






::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 8:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 7, 2012

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus


Kata 1:
Soalan : 
"Ustaz,kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu.Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
"PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI
PENAWAR...


Kata 2:
Isteri itu macam budak budak. Tak jadi masalah dia berbelanja sekali pun, walaupun 7-8 pasang baju raya tak salah. Dia isteri kita dia berkorban melahirkan anak kita. Biarlah dia berbelanja. Fitrah wanita..... 

-Ustaz Azhar Idrus-

Kata 3:
"Syarat orang perempuan nak masuk syurga adalah Solat cukup, puasa di bulan Ramadhan, dan taat suami."

-ustaz azhar idrus-

Kata 4:
"Jiwa perempuan ni sejuk , sebab tu mereka suka merajuk"

-ustaz azhar idrus-

Kata 5:
Tips nak suruh bini sayang...bini minta rm100...suami bagi rm500...

-ustaz azhar idrus-

Kata 6:
"Jangan takut jika kita berada di jalan yang benar. InsyaAllah keselamatan & kebaikan datang daripada Allah." 

- Ustaz Azhar Idrus-

Kata 7:
"Assalamualaikum awak, boleh berkenalan ?"

"Waalaikumussalam... Boleh je... Nie nombor telefon mak saya... Call laa dia dulu... Kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak... Kalau dia kata ok, Awak Call Tok Kadi... Kalau dia kata ok jugak... Kita terus nikah je... ok tak awak??? Kita bercinta selepas NIKAH..

Kata 8:
"Siapa yg bertudung tak semestinya baik. Tapi satu perintah telah ditunai iaitu tutup aurat." 

- Ustaz Azhar Idrus.

kata 9:
> Adakah kamu mengenali Tuhanmu?? @ kemungkinan kamu berakidah abu lahab,abu jahal & kafir2 yg lain tanpa kamu sedari..??

hanya mengetahui namaNya...
tapi tidak mengetahui sifat2 yg ada padaNya, suruhan & laranganNya...

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Kata  10:
HARAM mngmbil seorg wnita sebagai kekasih jika niat bkn untuk mngahwininye...

Ustaz Azhar Idrus..






::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 5:30 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, April 6, 2012

'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'...





::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 7:34 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, April 2, 2012

Kisah Si Pengali Kubur..



Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?" Jawab Umar "Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang telah membakar hatiku." Berkata Rasulullah "Ya Umar, bawalah ia masuk." Lalu Umar membawa pemuda yang sedang menangis itu masuk.

Bertanya Rasulullah S.A.W "Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T yang sangat murka kepadaku." Bertanya Rasulullah S.A.,W "Apakah kamu mempersekutukan Allah?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah." Bertanya Rasulullah lagi "Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah."

Sabda Rasulullah S.A.W "Maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Berkata pemuda itu "Wahai Rasul Allah, Aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?" Maka jawab, pemuda itu "Maafnya lebih besar?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya tidak dapat mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunan-Nya."

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W "Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?" Jawab pemuda itu "Aku malu hendak memberitahumu, Ya Rasulullah."

Rasulullah bertanya dengan kuat "Beritahu aku apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu "Begini Ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selam tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia."

"Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T dalam keadaan junub!"

Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda "Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini." Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44, ia memandang ke langit sambil berdoa "Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkannu, maka beritahulah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepada aku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari seksa akhirat."

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril A.S menemui Rasulullah. Selepas memberi salam Jibril A.S berkata "Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu." Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan."

Berkata Jibril A.S "Allah S.W.T bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk."

Tanya Jibril A.S  lagi "Adakah kamu yang memberikan rezeki kepada makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain."

Berkata Jibril A.S lagi "Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka."

Maka berkata Jibril A.S "Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Aku telah memaafkannya."
Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 7:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Binnabil Huda







BINNABIL HUDA

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 6:59 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 1, 2012

Muhasabah Cinta kita..




Basahi bibir dengan zikrullah dan selawat ke atas nabi

Semakin menyibukkan diri dengan berzikir, maka tiada apa lagi yang kita fikirkan selain Allah. Allah Maha Hidup. Dia sentiasa menyaksikan kita. Dia begitu dengar dengan setiap ucap pujian dari bibir kita untuk-Nya.
"Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu.."
(Al-Baqarah: 152)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"
(Ar-Ra'd: 28)

Ingatlah bahwa dunia ini terlalu fana untuk difikir selayaknya. Fikirkanlah tujuan dan misi utama hidup. Hanya untuk beribadah. Taat sepenuhnya pada Allah. Kita lakukan sesungguhnya kerana Allah semata. Tiada yang lain. Dan dunia ini adalah pentas lakonan yang begitu hipokrit.

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang bertaqwa."
(Al-An'am: 32)

Bacalah Al Quran,Bacalah bersungguh-sungguh. Fahamilah sebenar-benarnya akan ayat-ayat dari-Nya. Sungguh, kita begitu mempercayai Allah, maka taatlah sepenuhnya akan perintah-Nya.Baca tanpa meragui satu ayatpun di dalamnya. Jadikan ayat-ayat cinta dari-Nya sebagai makanan untuk menghidupkan ruh, menyucikan jasad dan menguatkan iman. Maka, kita tak pernah mengenali suatu ayatpun yang indah di dunia ini selain dari ayat-ayat-Nya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.."
(Al-Anfal:2)

Bergegas dan berlumbalah dalam melakukan kebaikan kerana di situ terletaknya ilmu. Ilmu mendekatkan diri kita pada Allah.
"Mereka itu bergegas segera dalam meraih kebaikan. Dan merekalah orang-orang yang terdahulu memperolehnya." 
(Al-Mu'minum: 61)

Berterima kasihlah pada Tuhan.
"Apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang hal Ku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan do'a orang yang meminta, bila ia meminta kepada-Ku, tetapi hendaklah ia mengikut perintah-Ku serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah 186)

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 9:03 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kerana Daie itu....


Yang kadang terpaksa menebalkan wajah untuk menegur saudara-saudaranya sama ada dikenali atau tidak, kerana yang penting adalah yang namanya saudara seaqidah, wajib baginya menyapa dan menghadiahkan senyuman kerana itu hak seorang muslim dengan muslim lainnya. Walau kadang disambut dengan wajah yang aneh, yang dengan kehadirannya itu ternyata hanya menimbulkan perasaan janggal, namun dicuba juga untuk menguntumkan senyuman yang termanis dan seikhlas mungkin.

Dan

dan



Akan selalu dikatakan 'macam bagus', hipokrit, judgemental, extremist dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang dikatakan kepadanya, telanlah sahaja, kerana yakinlah, Allah lebih tahu hati kita kan....? Bersabarlah....

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terdapat kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, maka ia bersyukur, dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya."
( HR. Muslim )

::Ukhwah Fillah Abadan Abada::

Posted by Ukhti Farhana at 1:31 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Anda sedang melayari..

Anda sedang melayari..

::Ini Kisah Kami::

::Ini Kisah Kami::

Popular Posts

  • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
    Kata 1: Soalan :  "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni  kadang² tiba² je rasa sedih tanpa  sebab. Ada orang kata syaitan  yang ganggu! ...
  • EDISI KARTUN KANAK-KANAK ISLAM 010: I LOVE ALLAH ( Sesekali layan lagu kanak-kanak best jgk )
  • Kelebihan pemakaian purdah....
    Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetap...
  • Kekasih Halal ( rusydee artz )
  • Lembu-lembu...
    Sekarang nie tak habis-habis isu lembu..Ana nak masuk entri dalam nie menyemak jee kot..kahkahkah.. Dah banyak blogger-blogger buka isu nie....
  • Mereka Sgt2 Kreatif...
    Hasil kreativiti anak-anak Pasti.rasanya ana sendiri pun tidak Sekreativiti mereka.. Dan proses kreativiti dimul...
  • Ingatkanlah aku !!
    Andai hari Ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah S.W.T..  Jika aku bersedih tanpa kata,  pujuklah aku dengan tarbiah pe...
  • Peranan FRU.....
    Peranan Fru kat malaysia nie sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia.Tanpa diorang negara kita tak akan aman damai. Peranan pasukan ...
  • Kisah Si Pengali Kubur..
    Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, ...
  • Maulidur Rasul...

Tulisan..

  • ▼  2012 (70)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ▼  April (10)
      • Cobaan...
      • Kena mengena ek...
      • PASTI AL-MUKMININ..
      • Tertinggal bas..Aduhhh....
      • Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
      • 'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'...
      • Kisah Si Pengali Kubur..
      • Binnabil Huda
      • Muhasabah Cinta kita..
      • Kerana Daie itu....
    • ►  March (13)
    • ►  February (6)
    • ►  January (14)
  • ►  2011 (75)
    • ►  December (36)
    • ►  November (5)
    • ►  April (13)
    • ►  February (21)

Suka Politik...

  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    1 month ago
  • HarakahDaily
    Enhance Business Efficiency with SAP Process Automation in Malaysia
    3 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    8 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    2 years ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
    2 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • MAHAGURU58
    Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • IkutSukaAku - Isa
    Budak2 Melayu Sekarang....
    5 years ago
  • Politik kedai kopi
    Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
    5 years ago
  • SISI BUKIT
    #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??
    6 years ago
  • abatasa ii
    Salji di Arab Saudi - Fenomena akhir zaman
    6 years ago
  • AR RISALAH الــرســالـة
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    7 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    7 years ago
  • Pakatan Rakyat
    ALHUSSEYN
    8 years ago
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 years ago
  • Pencacai SeMalaysia®
    Oh My English Musim 4 (2015)
    9 years ago
  • Kopitiam Bang Nan
    RM2.6 billion untuk lawan DAP
    9 years ago
  • arusperjuangan
    Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia
    9 years ago
  • Era Pasca GROUP
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    10 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
    10 years ago
  • PAS Bintulu
    Musnah Segalanya - PAS BINTULU hulur bantuan awal
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    10 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    10 years ago
  • Kembara Jr @Blogspot
    Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
    11 years ago
  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
    11 years ago
  • anakmuaallaf
    Polemik Kalimah ALLAH
    11 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    11 years ago
  • Lebang Libu
    Analogi buat U. Fathul Baru
    11 years ago
  • ! BUJANG SUSAH !
    13 years ago
  • Srikandi Keadilan
    SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
    14 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
  • Malaysia Waves
  • Detikdaily

Tension...Layan jap..

  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • hak cipta terpelihara ™
    RAHSIA BULAN KELAHIRAN
    11 years ago
  • Wan Azlan Novelis Humor
    Anchor Party
    12 years ago
  • Ragam Kehidupan
    ANWAR LAGI.........
    12 years ago
  • Lepak.my

Ilmiah...

  • Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
  • Ustaz Zamri
  • Terjemahan Al-Quran
  • Paksi
  • Soal Jawab
  • Dakwah
  • Al Quran
  • I Luv Islam.com
  • Dakwah Komik.info
  • Ustaz Azhar.com

Music dan Video

  • Munsyeed
  • Diskusi Nasyeed
  • Far East
  • Sami Yusuf
  • Tv Ceramah
  • Maher Zain
  • Grape Nasyid
  • Siksaan Kubur

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Lihat Sebentar..

Powered By Blogger

Demi Masa...

Hati dunia adalah islam,hati islam adalah dakwah....


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Syeikh Ahmad Deedat

Syeikh Ahmad Deedat
Kalau diberi peluang oleh pembekal kepada saya, nescaya saya akan penuhkan dunia dengan buku-buku islam..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Profil ana...

My photo
Ukhti Farhana
Bintulu, Malaysia
Seorang khalifah di muka bumi... Banyak yang kurang dan sentiasa memperbaiki diri... InsyaAllah...
View my complete profile

Hal Agama...


Ayat Korang

Sahabat...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa...-
Surah Az- Zukhruf-ayat 67....

Diskusi...

Sahabat..^_^

Iklan..Singgah Jap..












create your own banner at mybannermaker.com!

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Powered by Blogger.