Pembuka kepada entry kali ini disertakan dengan selawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad SAW.. Ya Allah, betapa rindunya hati ini kepada Rasulullah. Besarnya hati ini ingin bertemu baginda dan betapa kerdilnya hati ini bertemu baginda. Layakkah aku!!!
Menyingkap perjuangan yang dilakukan oleh baginda terhadap islam tidak dapat dinilai dengan kata-kata. Ana??? sudah pasti belum dapat untuk menjadi sekuat Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan islam, hamba lemah tetapi sentiasa berusaha untuk menyampaikan walaupun sedikit dakwah kepada masyarakat.
Rasulullah seorang yang sangat dirindui dan dicintai oleh sahabat-sahabat baginda walaupun terdapat juga yang membenci baginda.
Bilal yang sentiasa melaungkan azan tidak mahu untuk melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah kerana tidak sanggup menyebut " Asyadu anna Muhammad Rasulullah" kerana sebutan Muhammad terdapat di situ. Atas desakan Sayyidah Fatimah yang merindui azan yang dilaungkan bilal dan teringat akan ayahnya, pada waktu subuh bilal melaungkan azan, ketika sampai " Asyadu anna Muhammad Rasulullah " bilal berhenti seketika dan tidak sanggup untuk meneruskan nya. Seluruh Madinah bergoncang atas tangisan kerinduan kepada Rasulullah.
Mengapa baginda dirindui dan dicintai ?? Bukan sebab kita dibuka hati oleh Allah untuk berbuat sedemikian, tetapi akhlak yang telah ditunjukkan oleh baginda telah menarik kita untuk mencintai baginda. Sekiranya kita berakhlak seperti Rasulullah, sudah pasti masyarakat sekeliling kita akan mencintai kita juga.
No comments:
Post a Comment