Thursday, June 28, 2012
Friday, June 22, 2012
Jejak ziarah...
Ziarah kali ini membawa ke rumah panjang Patrick Libau, Sibuti..Nak dikatakan, kemudahan untuk penduduk amat tidak sempurna.. Jalan masuk yang hanya 9 Km mengambil masa sejam untuk datang ke rumah panjang tersebut. Jalan raya yang agak berbatu-batu dan masih tidak sempurna. Agaknya malaysia sudah 50 thn lebih mencapai kemerdekaan masih ada lagi rakyat sarawak yang hidup bagaikan zaman purba kala.Bagaimana agaknya mereka berulang-alik untuk pergi ke hospital..Amat sukar untuk diceritakan.. Rakyat sarawak perlu menikmati setiap hasil bumi yang terdapat di sekeliling mereka. Masakan mahu memberi kepada orang yang hanya mengambil untung disebalik kemiskinan rakyat di bawahnya. Haiya.. Kesian rakyat awak tau!!!
::Ukhwah Fillah Abadan Abada::
Sunday, June 17, 2012
Sang Murabbi...
Di Nukil Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor
Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum.
Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA.
Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”.
Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.
Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas.
Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.
Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini.
Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan.
Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978. Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.
Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.
Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau.
Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong.
Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya. Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya.
Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan. “Ayat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz.
Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau. “Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik. “Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?” Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah ‘kopi janda’.
Saya juga, walaupun sebagai panitia program, turut merasa kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat. “Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur.
Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi. “Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan.
Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda. Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan.
Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, beliau masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah. “Mula pukul berapa akhi program ni…” Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan.
Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.
Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar.
Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi. “Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu” ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas.
Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini. “Nama apa ustazah yang bercakap tu?” Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. “Oohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat” jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu.
Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan. Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah.
Nuansa sentiasa untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.
Selamat berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih. Al-fatihah
Sunday, June 10, 2012
Sahabat dan blog...
Yang bertanda merah tu lah...Awak,awak,awak ada ke..dah tentu adakan..hua3..ana je yang amat-amat berbangga akan kenyataan yang biasa tu..Tang mana mesra nya entahlah...^_^.. Sahabat pun cuma 17 orang kalau tidak termasuk ana 16 orang..hahaha..Tapi semua itu tidak menjadi masalah kerana tujuan untuk membuka blog ini bukan semata-mata untuk mencari follower aka pengikut..kalau ada, alhamdulillah kerna masih ada yang ingin mengikuti akan blog ana..Ia hanyalah pandangan peribadi ana dan tidaklah hanya utnuk memburukkan pihak-pihak tertentu. Dan sudah pastinya ini:
" Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kenyataan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah) , Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
( Al Baqarah:140)
Dan yang penting:
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.( Riwayat Bukhari)
Maka, kita sudah diberi kelebihan dan kemahiran walaupun agak tidak sempurna, gunakanlah sebaik mungkin untuk kita mendapat kasih dan redha Allah SWT.
Friday, June 8, 2012
Apakah???
Nak terkeluar ke isi perut tu..hua3..ana pun menangis juga hasilkan lukisan yang amatlah comot ini. Walaupun teramatlah ringkas tetapi nak masuk sejam buat ini..Tak pe yang penting USAHA... Hasil ini tercipta apabila teringat akan pelajar-pelajar ana..Rindu tau kat diorang..terfikir pulak,kalau diorang tengok lukisan ini, tak pasal-pasal diorang muntah darah..hua3...sob..sob..sob...
Ini pulak..Ermm..disebabkan usaha untuk mewarna gambar di atas mengambil masa yang agak membosankan. MAka..gambar nie agak kemalasan untuk mewarnakan..
“Sungguh, seandainya salah seorang di antara kamu mencari kayu api dan memikul ikatan kayu itu, maka itu lebih baik, daripada ia meminta-minta kepada seseorang, baik orang itu memberinya ataupun tidak.” (HR. Bukhari dan Muslim).
“Tiada makanan yang dimakan seseorang yang lebih baik daripada makanan yang merupakan usaha tangannya sendiri, kerana Nabi Allah Daud, makan daripada hasil usaha tangannya sendiri”.
Thursday, June 7, 2012
Sajak dari TG NIK AZIZ..
Semasa orang lain semuanya tidur nyenyak..
Ya Allah, aku bangun ketuk pintu-Mu bawa unggun harapan.
Aku merayu padaMu sepanjang malam,
Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul.
Aku bermadah,
wahai Tuhan, kerana Kamu adalah tumpuanku,
Bila saja bala menimpa.
Bahawasanya Kamu sajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan.
Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya.
Kesabaran aku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku sudah mulai lemah lesu,

Oleh itu padaMu Ya Allah aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.
Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.
Limpah kurniaMu seluas lautan,
akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.
Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.
Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.
Limpah kurniaMu seluas lautan,
akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.
Wednesday, June 6, 2012
Sanah Helwah!!!
Doa Hari Jadi..
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
Agar lebih lama agar aku dapat mentaati kamu,
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai ladang.
Moga diakhirat kelak agar dapat aku hasilnya,
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatkanlah aku dalam rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan ke leherku,
Sebagai tanda cintaku kepadamu,
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman syurga ciptaanmu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..
MAKA....
Hasil muhasabah ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah SWT..
Tuesday, June 5, 2012
Baru tahu...Anda tentukan...
Soalan
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?
Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.
Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.
Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.
Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.
Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.
Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook
Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Sekiranya jual beli kita dengan seorang berbangsa Yahudi lalu memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya selaku seorang individu Yahudi. Ia sama sekali tidak bermasalah di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyubang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatakala itu barulah hokum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Namun begitu, dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majority pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu, justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (masaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
Namun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.
4) Privacy pengguna facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, setelah saya membaca dengan khatam privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.
Policy menyebutkan :
"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."
Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.
Selain itu, juga disebutkan :
To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."
Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Namun demikian, takrif jelas bagi yang disebut di atas masih t
etap terpulang kepada pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook.
Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suaminya..
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada
Orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai
Orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun,
Andainya dia
Bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujianyang Kau berikan kepadaku.

Sekadar hiasan semata-mata...^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)